SYSTEM DEVELOPMENT LIFE CYCLE (SDLC) / KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA
System Development Life Cycle atau lebih dikenali sebagai
Kitar Hayat Pembangunan Pangkalan Data merupakan satu kaedah pembangunan sistem pangkalan
data yang lama.
1.
PERANCANGAN
·
Analisis awal untuk menentukan objektif dan skop
masalah untuk menjadikannya lebih efisyen dan memudahkan dalam membna sistem
baru.
·
Menentukan kos dan faedah setiap penyelesaian
·
Mengemukakan pelan awal dengan cadangan
·
Menjalankan kajian keboleh laksanaan untuk mengenalpasti
kejayaanya.
2.
ANALISIS
·
Mengumpulkan data melalui sesi temuduga, soal
selidik dan pemerhatian.
·
Mengkaji dan memahami masalah secara lebih
mendalam untuk diselesaikan dengan pembangunan sistem baru.
·
Mengenalpasti fungsi sistem serta kelebihan dan
kekurangan sistem sedia ada agar masalah yang timbul dapat diatasi.
3.
REKA BENTUK
·
Menggambarkan sistem baru atau sistem yang telah
diubahsuai.
·
Proses reka bentuk ini melibatkan reka bentuk
logical dan fizikal.
·
Alatan yang digunakan dalam menggambar sistem
ialah Rajah Hubungan Entiti dan Rajah Aliran Data.
4.
PELAKSANAAN
·
Membangunkan perisian.
·
Membuat keputusan sama ada ingin membuat sendiri
program atau beli.
·
Memperoleh perkakasan untuk menjalankan sistem
·
Membuat ujian pada sistem; ujian unit dan ujian
sistem
i.
Menterjemah pelan reka bentuk sistem ke dalam
kod aturcara.
ii.
Memilih bahasa pengaturcaraan yang sesuai.
iii.
Memastikan komponen yang ditetapkan berfungsi.
iv.
Tugas pengaturcaraan dibuat oleh pengaturcara.
·
Membuat pengujian pada sistem untuk memastikan
sistem berfungsi dengan baik dan tiada ralat sintak atau logic serta untuk
baiki kelemahan.
5.
PENYENGGARAAN
·
Sistem baru akan terus digunakan jika tiada
masalah.
·
Sistem akan dikaji semula untuk memastikan sama
ada objektif tercapai atau tidak.
·
Penyenggaraan dalam aspek kemaskini sistem bagi
memenuhi keperluan dan menambah fungsi dari semasa ke semasa.
Ulasan