APA ITU CSS (CASCADING STYLE SHEETS) ?


PENGENALAN RINGKAS CSS

CSS adalah singkatan bagi Cascading Style Sheet yang merupakan kumpulan perintah yang direka dari berbagai sumber yang disusun menurut urutan tertentu sehingga mampu mengatasi masalah style. CSS salah satu bahasa pengaturcaraan web yang mengatur komponen dalam laman web supaya laman lebih berstruktur dan seragam. CSS secara amnya mengatur warna body teks, ukuran, border, warna jadual dan hyperlink, margin, padding, paragraph spacing dan banyak lagi. Format V ini dapat menampilkan halaman yang sama dengan format yang berbeza.

SEJARAH CSS

CSS pertama kali bermula pada tahun 1970 – an sejak kemunculan SGML. Sejak itu, CSS mengalami perkembangan yang sangat pesat. CSS adalah hasil cetusan idea seorang programmer yang bernama Hakon Wium Lie semasa cadangannya mengenai Cascading HTML Style Sheet (CHSS) pada Oktober 1994 dalam konferensi W3C di Chicago). Kemudian, Lie bersama Bert Bos mengembangkan standard V. Pada tahun 1996, SCC rasmi telah dikeluarkan. Projek ini turut disokong oleh seorang programmer iaitu Thomas Reardon dari Microsoft. Nama dicetuskan melalui fakta style yang berbeza dapat diletakkan secara berurutan, dan mampumembentuk hubungan parent – child pada setiap style. CSS turut menjadi sebuah teknologi internet yang dipilih oleh World Wide Web Consortium atau W3C pada tahun 1996. Selepas itu, CSS dipiawaikan untuk kegunaan browser. Internet Explorer dan Netscape mengeluarkan browser terbaru mereka yang hamper sama mencapai standard CSS.

PERKEMBANGAN VERSI CSS

   1.       CSS1
Pada 17 Ogos 1996, World Wide Web Consortium (W3C) menetapkan CSS sebagai bahasa pengaturcaraan standard dalam pembuatan web. Ini bertujuan untuk mengurangkan pembuatan tag – tag baru oleh Netscape dan Internet Explorer yang sedang bersaing mengembangkan tag sendiri untuk mengatur tampilan web.
CSS1 menyokong pengaturan paparan dari segi; Font (Jenis ketebalan), Warna, teks, background dan elemen lain dan Text attributes (jarak antara baris, kata dan huruf), posisi teks, gambar, jadual dan elemen lain serta margin,padding dan border.

   2.       CSS2
Pada tahun 1998,W3C menyempunakan CSS tahap awal dengan menciptakan standard CSS2. CSS2 mengandungi semua tag dari CSS1 dan diperluaskan dengan penekanan pada International Accessibility and Capacibility khususnya media – specific CSS . CSS2 dikembangkan untuk memenuhi keperluan terhadap format dokumen agar boleh dicetak.

   3.       CSS3
CSS3 merupakan versi terbaru dari CSS yang mampu melakukan banyak perkara dalam mereka website. CSS3 dapat melakukan animasi dalam laman web seperti animasi warna dan animasi 3D. Dengan fungsian CSS Designe, website dapat disokong pada peranti mudah alih seperti smartphone dengan sokongan tambahan dari media query. Selain itu, banyak juga tambahab pada CSS3 seperti multiple background, border – radius, drop – shadow, border – image, CSS – Math dan CSS Object Model.

SIFAT CSS

CSS mempunyai 2 sifat iaitu Internal dan External.
·         Internal – Memasukkan skrip CSS secara langsung ke dalam laman web.
·         External – Skrip CSS dipisahkan dan diletakkan dalam fail khusus. CSS akan dipautkan menuju ke ke fail HTML melalui tag – tag pada head.

CARA PENULISAN CSS

Tanda atau symbol CSS adalah seperti berikut;

body {
    background:lightcyan;
   }

Tanda {} dinamakan selector, teks yang diapit oleh {} dinamakan declaration yang terdiri dari 2 unsur iaitu property dan value. Selector dalam penyataan diatas adalah ‘body’, ‘background’ adalah property dan ‘lightcyan’ adalah value

        I.            Inline Style Sheet

Inline style sheet ini boleh ditulis dengan menambah style=”...” dalam tag HTML. Style hanya berlaku pada tag yang bersangkutan sahaja. Bukan pada keseluruhan laman. Contohnya;

<p style=”color:red ; font-size:20px ;”> Tag P adalah untuk paragraph. Tag ini berwarna merah dan font sebesar 20px </p>

      II.            Embedded Style Sheet

Cara penulisan Embedded Style Sheet adalah dalam tag seperti berikut <style>... </style> diatas <body>. Contohnya;

<style>
Body {
Background:lightblue ;
Font-family:century gothic ;}
H1{
Font-size:200% ;
Color:snow ;}
</style>
<body>
<h1>Tajuk ini berukuran standard H1 dan berwarna putih salji</h1>
</body>

KELEBIHAN CSS

  ·         Mengemaskini tampilan lebih mudah.
  ·         Beban bandwith yang lebih kecil.
  ·         Memisahkan gaya rekaan dengan kandungan halaman web
  ·         Modifikasi web template yang lebih mudah
  ·         Lebih mudah digunakan pada peranti mudah alih seperti smartphone
  ·         Menyusun reka bentuk dengan efisyen
  ·         Satu fail CSS yang boleh digunakan oleh banyak halaman
  ·         Mudah dimuat turun atau di muat naik keran ukuran fail yang kecil
  ·         Mengurangkan penulisan kod kerana satu tag boleh dipakai oleh banyak kod HTML
  ·         Rekaan gaya yang lebih menarik berbanding HTML
  ·         Menjimatkan masa kerja, semasa membuat mahupun mengubah halaman web atau blog
  ·         Jika ingin mengubah tema atau warna halaman, hanya perlu ubah CSS sahaja.

KEKURANGAN CSS

  ·         Paparan pada setiap browser berbeza
  ·         Terdapat browser yang tidak dapat menyokong CSS contohnya browser lama
  ·         Perlu tahu cara menggunakannya 
  ·         Memerlukan waktu yang lama untuk membuat dan menyusun tag CSS
  ·         Tiada lagi bug / error dalam CSS



Untuk maklumat lebih lanjut tentang CSS. Sila lawat W3Schools.comhttp://www.w3schools.com/css/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?