Flow Meter IoT
Nota Ringkas Device HRF600 Radar Flow Meter 1. Pengenalan Device HRF600 ialah radar flow meter yang digunakan untuk mengukur aliran air di sungai, parit, longkang besar, saluran terbuka atau kawasan open channel. Device ini boleh membaca beberapa bacaan utama: Velocity = kelajuan aliran air Water level = paras air / jarak air Current flow = kadar aliran semasa Cumulative flow = jumlah aliran terkumpul Signal strength = kekuatan signal sensor Voltage = voltan bekalan kuasa device Device ini berfungsi secara non-contact , maksudnya sensor tidak perlu menyentuh air. Sensor dipasang di atas permukaan air dan mengukur bacaan menggunakan radar. 2. Komponen Asas Sistem Komponen yang biasa ada untuk sistem HRF600: Radar flow meter / sensor utama Dipasang di atas sungai/parit. Mengukur velocity dan water level. Power supply / bateri Biasanya menggunakan bekalan DC. Pastikan polarity positif dan negatif betul. RS485 cable / communication cable Digunakan untuk connect device ke PC mel...