Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pangkalan data

RELATIONAL DATABASE MODEL

Imej
Terminologi penting di dalam model hubungan Domain Set nilai yang dibenarkan untuk satu atau lebih atribut Relation Jadual yang mempunyai lajur dan baris Tuple Baris bagi hubungan/jadual Atribut Lajur bagi hubungan/jadual yang mempunyai nama

CARA MENCIPTA QUERY DALAM SATU JADUAL DENGAN MENGGUNAKAN QUERY WIZARD

Imej
1.       Buka fail pangkalan data yang sedia ada (Contohnya; Jualan Tudung (one-to-many).accd) dengan menggunakan MS Access. 2.       Pergi ke ribbon CREATE dan klik pada butang Query Wizard pada tab tersebut. 3.       Setelah kita klik pada pada Query Wizard, satu dialogue box akan dipaparkan. Klik pada mana – mana Query yang disediakan (untuk ini kita akan gunakan “Simple Query Wizard”). Setelah membuat pemilihan query, klik OK. 4.       Dialogue box seterusnya akan dipaparkan seperti dibawah, pilih jadual yang anda ingin query kan (untuk tutorial ini Lee akan gunakan Jadual: Pembelian) dan klik atribut – atribut yang anda ingin paparkan pada laporan query anda. Klik Next. 5.       Pilih “Detail (shows every field of every record)” klik Next.  6.       Dialogue box akan dipaparkan seperti dibawah. Anda perlu menamakan query anda dan klik Finish.  7.       Paparan di bawah merupakan paparan jadual query yang kita cipta.

ANOMALI DALAM PANGKALAN DATA

Imej
ANOMALI?? Anomali berlaku kerana rekabentuk dalam pangkalan data yang tidak lengkap, tidak sesuai atau tidak sempurna. Anomali sering dikenali sebagai anomali ubahsuai data. Anomali akan menyebabkan pertindihan dan pengulangan data yang menyebabkan pembaziran ruang storan dan kekurangan integrity dalam Pangkalan Data. Terdapat 3 jenis anomali iaitu anomali kemas kini, anomali hapus data, anomali tambah data. JENIS – JENIS ANOMALI     1.        ANOMALI PENAMBAHAN [INSERT] Anomali yang berlaku apabila hendak menambah nilai ke dalam hubungan Kod_BijiBenih A003 telah ditambah ke dalam senarai biji benih tetapi data tidak dapat dipaparkan kerana tiada pelanggan yang memesan biji benih PETOLA. Data untuk biji benih tidak akan muncul selagi tiada pembeli yang memesan biji benih tersebut.       2.        ANOMALI PENGHAPUSAN [DELETE] Anomali yang berlaku apabila hendak menghapuskan satu nilai data dalam hubungan. Sekiranya Raudah hanya ingin m

REPORT DALAM PANGKALAN DATA...

Imej
Imej butang laporan adalah apa yang anda gunakan untuk format, merumuskan dan melampirkan data. Laporan biasanya menjawab soalan khusus seperti “ Siapakah pelanggan yang menempah produk adalah bulan ini? ” atau “Berapakah kuantiti produk yang ditempah oleh pembeli?” setiap laporan boleh diformat untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih mudah untuk dibaca. Fungsi laporan sangatlah mudah untuk dijalankan dan diakses pada bila – bila masa. Laporan akan sentiasa memaparkan data semasa dalam pangkalan data anda. Laporan dicipta secara amnya untuk mencetak (print) lampiran, tapi ia juga boleh dilihat di skrin, dieksport ke aturcara yang lain atau yang berbeza atau dihantar sebagai lampiran dalam Email. Laporan juga menawarkan anda kebolehan dalam melampirkan data atau maklumat dalam bentuk cetakan (print). Laporan sangat berguna kerana ia membolehkan anda untuk membentangkan komponen pangkalan data dalam format yang mudah difahami dan teratur. Anda juga boleh meny