Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Database Concept

ANOMALI DALAM PANGKALAN DATA

Imej
ANOMALI?? Anomali berlaku kerana rekabentuk dalam pangkalan data yang tidak lengkap, tidak sesuai atau tidak sempurna. Anomali sering dikenali sebagai anomali ubahsuai data. Anomali akan menyebabkan pertindihan dan pengulangan data yang menyebabkan pembaziran ruang storan dan kekurangan integrity dalam Pangkalan Data. Terdapat 3 jenis anomali iaitu anomali kemas kini, anomali hapus data, anomali tambah data. JENIS – JENIS ANOMALI     1.        ANOMALI PENAMBAHAN [INSERT] Anomali yang berlaku apabila hendak menambah nilai ke dalam hubungan Kod_BijiBenih A003 telah ditambah ke dalam senarai biji benih tetapi data tidak dapat dipaparkan kerana tiada pelanggan yang memesan biji benih PETOLA. Data untuk biji benih tidak akan muncul selagi tiada pembeli yang memesan biji benih tersebut.       2.        ANOMALI PENGHAPUSAN [DELETE] Anomali yang berlaku apabila hendak menghapuskan satu nilai data dalam hubungan. Sekiranya Raudah hanya ingin m

KONSEP PENORMALAN

  PENGENALAN KEPADA PENORMALAN.    Dalam kita mereka bentuk pangkalan data hubungan, kita ingin menghasilkan suatu pangkalan data hubungan yang baik dengan mengurangkan bilangan duplikasi data (pertindihan data). Proses untuk menghasilkan pangkalan data yang baik dengan mengurangkan bilang duplikasi data adalah melalui proses penormalan. Penormalan merupakan satu cara untuk menganalisis jadual – jadual berdasarkan kekunci dan kebergantungan fungsian. Di mana ia melibatkan peraturan tertentu pada suatu jadual supaya pangkalan data boleh dinormalkan pada mana-mana peringkat. Proses penormalan telah diperkenalkan oleh Edgar F. Codd pada tahun 1972. Tiga bentuk penormalan yang akan diberi tumpuan ialah;           a)       Bentuk Normal Pertama (1NF) [First Normal Form]           b)       Bentuk Normal Kedua (2NF) [Second Normal Form]           c)       Bentuk Normal Ketiga (3NF) [Third Normal Form] Walaubagaimanapun terdapat juga bentuk penormalan yang lebih tinggi sepe

REPORT DALAM PANGKALAN DATA...

Imej
Imej butang laporan adalah apa yang anda gunakan untuk format, merumuskan dan melampirkan data. Laporan biasanya menjawab soalan khusus seperti “ Siapakah pelanggan yang menempah produk adalah bulan ini? ” atau “Berapakah kuantiti produk yang ditempah oleh pembeli?” setiap laporan boleh diformat untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih mudah untuk dibaca. Fungsi laporan sangatlah mudah untuk dijalankan dan diakses pada bila – bila masa. Laporan akan sentiasa memaparkan data semasa dalam pangkalan data anda. Laporan dicipta secara amnya untuk mencetak (print) lampiran, tapi ia juga boleh dilihat di skrin, dieksport ke aturcara yang lain atau yang berbeza atau dihantar sebagai lampiran dalam Email. Laporan juga menawarkan anda kebolehan dalam melampirkan data atau maklumat dalam bentuk cetakan (print). Laporan sangat berguna kerana ia membolehkan anda untuk membentangkan komponen pangkalan data dalam format yang mudah difahami dan teratur. Anda juga boleh meny

MACRO??

Makro ialah singkatan bagi “macroinstruction” dari bahasa Greek lama dalam bidang Sains komputer. Makro adalah satu pola / corak  yang menentukan bagaimana ururtan input tertentu (selalunya makro menggunakan urutan karakter) MACRO DALAM PANGKALAN DATA. Imej butang Makro dalam perisian Access atau dalam pangkalan data boleh dianggap sebagai sebuah bahasa pengaturcaraan yang mudah anda gunakan untuk menambah fungsi ke dalam pangkalan data. Sebagai contoh, anda boleh melampirkan makro ke butang arahan pada satu borang supaya makro menjalankan tugas apabila butang diklik. Makro menjalankan tindakan atau seperti membuka laporan, menjalankan queries (pertanyaan) atau menutup pangkalan data. Kebanyakkan operasi pangkalan data yang dicipta secara manual boleh diubah kepada operasi automatik dengan menggunakan fungsi makro. Ini bukan sahaja boleh menyenangkan pengguna dalam mengakses data malah menjimatkan masa peranti. Makro berfungsi dengan cara menambahkan butang arahan ke dalam

QUERY DALAM PANGKALAN DATA??

Imej
                                                                   Query  [kweer-ee]                                                       (word origin – noun, plural) queries                                                                            1.        Pertanyaan                                                2.        Tanda tanya (?), selalu digunakan dalam ayat tanya                 QUERIES DALAM PANGKALAN DATA??                 Queries adalah mekanisma utama untuk mendapatkan semula maklumat daripada pangkalan data. Pertanyaan terdiri daripada soalan yang dikemukakan kepada pangkalan data dalam format yang telah ditetapkan. Kebanyakkan sistem pengurusan pangkalan data (Database Management System) menggunakan Structured Query Language (SQL) iaitu mengikut format pertanyaan standard.  Queries adalah cara mencari dan menyusun data dari satu atau lebih jadual. Menjalankan fungsi queries (pertanyaan) dapat digambarkan seperti bertanya soalan dengan lebih te

EDGAR F. CODD : PERINTIS KEMAJUAN TEKNOLOGI PANGKALAN DATA

Imej
  PENGENALAN Edgar Frank “Ted” Codd atau lebih dikenali sebagai Edgar F. Codd merupakan anak bongsu daripada tujuh adik beradik yang dilahirkan pada 19 Ogos 1923 di England. Bapanya adalah seorang pengeluar barangan kulit dan ibunya pula adalah seorang guru. Beliau merupakan seorang ahli matematik dan sains komputer yang sumbangannya lebih dikenali dengan mencipta model hubungan untuk pengurusan pangkalan data yang menjadi teori asas kepada pangkalan data hubungan (relational database). KEHIDUPAN AWAL Pada tahun 1930an, beliau memasuki Poole Grammar School di Dorset dan telah dianugerahi biasiswa penuh untuk memasuki Universiti Oxford. Namun pada tahun 1942, beliau telah menawarkan diri untuk bertugas secara aktif dan telah menjadi leftenan penerbangan di Royal Air Force Coastal Command. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau kembali menghabiskan pengajiannya di Universiti Oxford dan memperolehi ijazah pada tahun 1948. Selepas itu beliau berhijrah ke Amerika Syarikat

GARIS MASA PANGKALAN DATA

Masa Kuno Manusia mula menyimpan maklumat yang sangat lama yang lalu. Pada zaman purba, sistem pangkalan data yang rumit telah dibangunkan oleh pejabat-pejabat kerajaan, perpustakaan, hospital, dan pertubuhan perniagaan, dan sebahagian daripada prinsip-prinsip asas sistem ini masih digunakan hari ini. 1960-an Pangkalan data berkomputer bermula pada tahun 1960-an, apabila penggunaan komputer menjadi pilihan yang lebih kos efektif untuk organisasi swasta. Terdapat dua model data popular pada dekad ini: model rangkaian dipanggil CODASYL dan model hierarki dipanggil IMS . Satu sistem pangkalan data yang terbukti menjadi kejayaan komersial adalah sistem SABRE yang digunakan oleh IBM untuk membantu American Airlines menguruskan data tempahan itu. 1970-1972 Edgar F Codd menerbitkan satu kertas penting untuk mencadangkan penggunaan model pangkalan data hubungan, dan idea-idea beliau mengubah cara orang berfikir tentang pangkalan data. Dalam model beliau, skema pangkalan da

SEJARAH PANGKALAN DATA

Imej
Generasi Pertama Idea dicetuskan pada tahun 1960-an semasa projek pendaratan kapal angkasa Apollo di bulan. Produk berasaskan struktur hieraki yang dikenali sebagai  IMS   (Information Management System) oleh  IBM . Pada pertengahan 1960-an, General Electric memperkenalkan  IDS  (Integrated Data Store) yang merintis jalan sehingga terhasilnya pengkalan data berstruktur rangkaian. Sistem berasaskan rangkaian dapat mengatasi masalah perwakilan perhubungan pangkalan data yang lebih rumit yang tidak dapat dimodelkan menggunakan struktur hieraki. Ekoran itu, satu piawaian pangkalan data telah dibentuk melalui satu badan yang dikenali sebagai  CODASYL . CODASYL  seterusnya menubuhkan satu jawatankuasa petugas yang dikenali sebagai DBTG  (Data Base Task Group). DBTG telah mengumumkan piawaian pengkalan data pada tahun 1971 yang mengusulkan penggunaan Bahasa Takrifan Data (Data Definition Language /  DDL ) dan Bahasa Pe

DATA TERMINOLOGY

           TERMINOLOGI / ISTILAH                                                    KETERANGAN Database Database adalah koleksi  maklumat yang disusun mengikut jenis kandungan. Tables Tables adalah satu set yang dianjurkan elemen data menggunakan  model tiang tegak dan baris mendatar. Field names Mengenal pasti  field didalam rekod database Field Satu ruang diberikan untuk item tertentu seperti maklumat atau data. Records Terdiri daripada field,setiap yang mengandungi satu item maklumat. Cells Sebuah kotak yang membolehkan kemasukan data. Data Satu set nilai bagi pembolehubah kualitatif atau kuantitaif Objects Stuktur data yang digunakan untuk samada menyimpan  atau data rujukan