APA ITU DLNA (DIGITAL LIVING NETWORK ALLIANCE)?
PENGENALAN KEPADA DLNA
DLNA adalah singkatan bagi Digital
Living Network Alliance yang merupakan teknologi piawai yang menyediakan kepada
semua alat media untuk saling berhubung dan beroperasi dengan lancar. DLNA
memudahkan pengguna untuk menggunakan, berkongsi dan menikmati gambar - gambar
digital, musik serta video di kalangan multimedia. Alat yang berbeza jenisnya
dapat dihubungkan dengan adanya certificate dari DLNA. Jika anda ingin
menggunakan DLNA, pastikan anda mempunyai Ethernet, LAN, Akses internet dan
jaringan IP dengan teknologi jaringan nirkabel.
SEJARAH DLNA
DLNA didirikan oleh Sony
Corporation pada Jun 2003 dengan menggunakan nama Digital Home Working Group.
Nama DLNA mula dipakai setelah setahun DLNA ini didirikan. Semasa set pertama
panduan untuk DLNA diterbitkan, DLNA memiliki lebih dari 250 perusahaan dan
mendapat sambutan melalui teknologi peranti, PC serta industry penyedia
layanan. Pada Januari 2011, lebih dari 9,000 teknologi yang berbeza meperolehi
certificate DLNA. Teknologi ini diberikan logo pada kemasannya dan mengiktiraf
interoperability dengan alat lainnya.
Pada Jun 2011, terdapat 26 anggota
promotor dan 199 anggota contributor yang menggunakan dan bergabung dengan DLNA
termasuklah ACCSES, AT&T Labs, Awox, Broadcom, Cisco Systems, Comcast,
Direct TV, Dolby Laboratories, Ericsson, Huawei, Intel, LG Electronics,
Microsoft, Motorola, Nokia, Panasonic, Qualcomm, Samsung Electronics, Sharp
Corporation, Sony Electronics, Technicolor dan Verizon.
SPESIFIKASI DLNA
A. HOME NETWORK DEVICES
·
Digital
Media Server (DMS) – Alat ini menyimpan kandungan dan akan dibaca oleh
Digital Media Player (DMP) dan Digital Media Renderers (DMR). Contohnya, PC dan
Perangkat NAS (Network – Attached Storange)
·
Digital
Media Player (DMP) – Alat ini mencari kandungan di Digital Media Server
(DMS) dan melakukan playback dan rendering. Contohnya, TV, Stereo, Monitor
Wireless dan Console.
·
Digital
Media Controller (DMC) – Alat ini mencari kandungan di Digital Media Server
(DMS) dan memainkannya di Digital Media Renderers (DMR). Contohnya, Internet
Tablet dan Camera Digital dengan Wifi.
·
Digital
Media Printer (DMPr) – Alat ini menyediakan kemudahan mencetak untuk DLNA
Home Network. Digital Media Player (DMP) dan Digital Media Controller (DMC)
dengan fungsian print dapat mencetak ke Digital Media Printer (DMPr).
Contohnya, Printer all – in – one yang bersambung dengan jaringan.
B. MOBILE HANDHELD DEVICES
·
Digital
Media Server (DMS) – Perangkat Nirkabel ini menyimpan ke jaringan Mobile
Digital Media Printers (DMPr). Contohnya, Handphone dan portable music player.
·
Mobile
Digital Media Player (M-DMP) – Perangkat nirkabel yang mencari dan
memainkan kandungan di Digital Media Server (DMS) atau Mobile Digital Media
Server (M-DMS). Contohnya, Handphone dan Mobile Media Tablet.
·
Mobile
Digital Media Uploader (M-DMU) – Perangkat Nirkabel ini mengirimkan
(upload) kandungan ke Digital Media Server (DMS) atau Mobil Digital Media
Server (M-DMS). Contohnya, Kamera Digital dan Handphone.
·
Mobile
digital media downloader (M-DMD) – Alat ini berfungsi untuk mencari dan
memuat turun kandungan dari Digital Media Server (DMS) atau Mobile Digital
Media Server (M-DMS). Contohnya, Portable Music Players dan Handphone.
·
Mobile
Digital Media Controller (M-DMC) – Perangkat nirkabel ini berfungsi untuk mencari
kandungan di Digital Media Server (DMS) atau Mobile Digital Media Server
(M-DMS) dan mengirimnya ke Digital Media Renderers (DMR). Contohnya, Personal
Digital Assistant (PDA) dan Handphone.
C. HOME INFRASTRUCTURE DEVICE
·
Mobile
Network Connectivity Function (M-NCF) – Alat ini menghubungkan sambungan perangkat Mobile Handheld dan perangkat Home
Network.
·
Media
Interoperability Unit (MIU) – Alat ini menyediakan penukaran kandungan agar
sesuai dengan format yang diperlukan oleh perangkat Home Network dan Mobile
Handheld.
FEATURES DLNA
Menyokong untuk memainkan music, gambar, video serta untuk
mencetak. Selain itu, menyokong ‘Play To’ Receiver dan ‘Play To’ Controller.
DLNA juga mempunyai sokongan Upload Support dan Download Support.
TEKNOLOGI DLNA
Teknologi ini hanya dipasarkan kepada industri, bukan untuk
pengguna. Berikut ialah aspek kunci dari teknologi DLNA; Jaringan dan
Sambungan, Penemuan dan kawalan, Format Media dan Model Pengangkutan. Selain
itu, Pengurusan, Distribusi dan Kawalan Media, Pengurusan Digital dan
pelindungan kandungan serta Kebolehan Pengurusan.
KELEBIHAN TEKNOLOGI DLNA?
·
Kita dapat menonton filem yang beresolusi tinggi
pada PC di sebuah TV.
·
Dapat memaparkan gambar pada kamera di sebuah TV
.
·
Dapat memainkan lagu pada komputer melalui
peranti.
·
Produk DLNA tidak memerlukan kabel untuk
menyambungkan antara satu alat ke alat yang lain.
·
Dapat berkongsi gambar, musik, video dan
pelbagai multimedia dengan alat berteknologi DLNA yang lain.
KEKURANGAN TEKNOLOGI DLNA?
·
Hanya dapat dihubungkan dengan alat yang hanya
mempunyai certificate DLNA sahaja.
·
HArga bagi alat yang mempunyai certificate dari
DLNA adalah mahal.
·
Teknologi ini tidak berfungsi sekiranya terdapat
satu alat sahaja yang mempunyai teknologi ini.
·
Teknologi DLNA ini hanya menyediakan kemudahan
untuk berkongsi fail sahaja dan bukannya untuk memindahkan fail.
Ulasan