SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

Sistem pengoperasian merupakan perisian sistem yang terpenting bagi setiap komputer. OS adalah satu atau lebih atur cara yang mengurus operasi CPU,mengawal input/output dan sumber storan dan aktiviti komputer serta pelbagai servis sokongan seperti pengurusan memori,ruang cakera dan lain-lain.

DEFINISI OS

Sistem pengoperasian atau operating system (OS) adalah set program-program yang dipasang dalam cakera keras. Tanpa OS, sesebuah komputer tidak dapat beroperasi dengan baik. OS sangat penting kepada komputer:

TUGAS SISTEM PENGOPERASIAN

I. Mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan.
II. Menyediakan antara muka pengguna (User Interface).
III. Membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pengguna.

TUJUAN SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

        I.            Memaksimakan produktiviti sistem komputer dengan pengoperasian yang lebih efiksyen.
      II.            Komponen penting sebagai antaramuka sistem di antara pengguna dan perkakasan komputer.

FUNGSI-FUNGSI OS

Sistem pengoperasian adalah set program komputer yang paling kompleks dan penting untuk komputer. Ia berfungsi dalam mengawal komponen dan aktiviti komputer.
1.      Menghidup dan mematikan komputer
       OS aktif sebaik sahaja komputer diaktifkan dan perlu ditutup dengan arahan shutdown.


2.      Menyediakan antaramuka pengguna (User Interface)
       OS membenarkan pengguna mencapai dan mengarah sistem komputermengikut kemahuan pengguna.
       Pengguna juga boleh memasukkan data dan arahan serta mendapatkan maklumat dan informasi dari computer.

3.      Menguruskan data dan perisian lain
       OS penting dalam menguruskan data dan perisian lain yang disimpan dalam cakera keras. OS juga melancarkan pengurusan perjalanan data dari komponen input kepada output dan dari storan sekunder kepada ingatan utama dan dari ingatan utama kepada storan sekunder.


4.      Pengurusan ingatan utama (RAM – Read Access Memory)
       OS dapat mengawal dan menguruskan kelajuan RAM agar dapat digunakan secara optimum dan terancang. Selain itu, OS menguruskan data yang tersimpan di dalam RAM agar ia dapat diproses atau untuk dihantar ke peranti output atau disimpan ke dalam storan sekunder selepas pemprosesan.

5.      Menguruskan perkakasan komputer
       OS penting untuk menyelaras dan menjejaki setiap perkakasan dan memandu perkakasan agar mengikut tugas masing-masing berdasarkan arahan tersedia atau dari pengguna.
       Aktiviti ini melibatkan komponen input, output, storan sekunder dan ingatan utama.

FUNGSI LAIN SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

1)      ANTARAMUKA PENGGUNA (USER INTERFACE)

       UI membolehkan pengguna berinteraksi dengan perisian untuk mengawal cara kemasukkan data dan arahan serta cara maklumat dipaparkan.

       Terdapat 3 jenis antaramuka pengguna :
•   Pacuan Perintah (command-based user interface) memerlukan arahan dalam bentuk teks
•   Pacuan Menu (menu driven)
•   Antaramuka unit grafik (graphical user interface – GUI) Kombinasi ikon dan menu untuk menerima dan melaksanakan arahan.


2)      MENYEDIAKAN DARJAH KEBEBASAN PERKAKASAN

       OS menjadi perantaraan antara perisian aplikasi dan perkakasan.
       Bila perkakasan (komponen komputer) ditukar, hanya terdapat sedikit perubahan pada perisian aplikasi komputer.

3)      PENGURUSAN MEMORI

       OS juga berfungsi untuk mengawal bagaimana memori dicapai dan memaksimumkan memori yang ada dan storan.

4)      VIRTUAL MEMORY (MEMORI MAYA)

       Memori yang menggunakan ruang dalam cakera keras yang bertindak seperti memori utama (RAM – Read Access Memory).
       Pemprosesan aturcara dapat diuruskan dengan lebih cekap.
       Bekerja dengan bahagian-bahagian program antara memori dengan peranti keras. Konsep ini dinamakan sebagai paging.

5)      PEMPROSESAN TUGAS

       Diselesaikan oleh ciri-ciri pengurusan tugas dan pemprosesan tugas juga membenarkan multiasking, time sharing dan scalability.

6)      MULTIASKING

       Multiasking dapat membahagikan kerja kerja dan menjalankan beberapa tugas (aturcara atau perisian) secara serentak.
       Contoh : Penggunaan pemprosesan perkataan dan perisian pangkalan data pada masa yang sama.

7)      TIME-SHARING

       Membenarkan lebih daripada seorang pengguna memasuki sistem komputer dan menggunakannya pada masa yang sama.
       Contoh : Penggunaan terminal di kaunter-kaunter bank oleh beberapa juruwang secara serentak.

8)      MULTIPROCESSING

       Penggunaan atau pemprosesan satu aturcara secara serentak oleh beberapa  unit CPU.
       Fungsi ini selalunya dikawal oleh komputer gergasi seperti di Cyber Café.

9)      MULTIREADING

       Memproses aktiviti dan berfungsi seperti multitasking tetapi hanya bekerja pada aplikasi tunggal sahaja.

10)  SCALABILITY

       Keupayaan komputer melicinkan kendalian server dan meningkatkan jumlah pengguna yang masuk.
       Ciri yang sama untuk kerangka utama dan juga pelayan web yang mengendalikan ramai pengguna.


OS yang sering digunakan oleh pengguna komputer ialah:

1.      Windows


Microsoft Windows atau lebih dikenali dengan Windows, merupakan salah satu sistem operasi yang ada saat ini. Windows menjadi sistem operasi yang sangat popular, bahkan boleh dikatakan hampir semua komputer pernah menggunakan OS ini. Dominasi Windows terhadap OS komputer menjadikannya semakin maju dan diperbaharui, bahkan untuk perangkat seluler telah menciptakan OS windows Phone. Kini Sistem Operasi terbaru dari windows diberi nama Windows 8 setelah OS sebelumnya iaitu Windows 7 telah berjaya mendapat perhatian para pengguna. Beberapa versi dari windows diantaranya Windows 98, Windows 2000, Windows XP, Windows Vista, Windows 7, dan Windows 8.

2.      Linux
 

Sistem Operasi Linux merupakan salah satu sistem operasi yang berjaya pada zaman ini. Hal kerana Linux merupakan sebuah OS terbuka dan memenuhi keinginan sebahagian besar para pengguna. Walaupun tidak berjaya seperti Microsoft Windows namun, terdapat pelbagai perusahaan besar seperti Intel telah mengenali dan menggunakan sistem operasi ini. Sistem operasi Linux biasanya digunakan untuk server, Video game (Playstation 2, 3, 4), Smartphone, dan juga untuk komputer. Keunggulan sistem Operasi Linux dibanding windows yang paling mencolok adalah dari tingkat keamanannya. Secara keseluruhannya masih banyak pengguna yang mempelajari dan menggunakan sistem operasi Windows karena hampir keseluruhan pengguna di dunia menggunakan OS Windows. Walaupun pengguna Linux pada zaman ini tidak seramai pengguna Windows, tetapi terdapat juga segelintir pengguna yang mempelajari dan menggunakan OS Linux. Hal ini juga boleh dikatakan bahawa OS Linux lebih selamat dan mesra pengguna berbanding OS Windows, kerana OS Windows mudah mendapat ancaman hacker berbanding Linux.

3.      Mac OS



Anda semua selalu mendengar OS yang popular seperti Windows dan Linux, namun bagaimana dengan Mac OS? Mac OS merupakan singkatan dari Macintosh Operating System, sistem operasi yang dibuat oleh apple dan dibuat untuk komputer keluaran Macintosh. Mac OS tidak dapat di gunakan oleh PC yang memiliki basis IBM (International Business Machines Corporation). Mac OS merupakan hak milik Syarikat Macintosh dan hanya bleh digunakan oleh PC keluaran syarikat tersebut.


4.      Android




Bagaimana pula dengan Android? Lee yakin anda semua tahu tentang OS ini, malah OS ini sangat terkenal dikalangan pengguna smartphone dan perusahaan robotik. Sebagaimana yang kita tahu, Sistem operasi dari Google ini kini telah menerajui OS dalam smartphone. Sifat perisian yang terbuka menjadikan OS Android pilihan utama yang digunakan oleh Industri smartphone di dunia seperti: Samsung, Sony, LG, Asus dll. Kini sistem operasi yang telah menerajui pasaran Smartphone ini telah membangun untuk dijadikan sebagai sistem operasi Komputer. Kini, Android Jelly Bean 4.3 boleh dijadikan OS komputer, walaupun demikian Google masih terus melakukan ujian terhadap sistem operasi ini.

5.      Chrome OS



Google Chrome OS, satu lagi produk yang dihasilkan oleh perusahaan Internet Google. Chrome OS merupakan sistem operasi yang dapat berfungsi pada komputer(perangkat keras) tertentu. Chrome OS dirancang secara khusus iaitu, khas untuk mereka yang suka menghabiskan masa di internet. Chrome OS menggunakan standard web HTML 5. Kini, Browser Google Chrome juga telah menerajui sebahagian besar pasar dari Mozila firefox, nampaknya Google terus berkembang maju untuk menguasai semua perkara dalam bidang Teknologi Informasi.


Masih ada banyak lagi sistem operasi yang digunakan di dunia ini. Kebaikan dan keburukan  sesebuah sistem operasi bukan kita lihat dari harganya, tetapi terletak kepada kualiti, mesra pengguna, keselamatan data dll.

Ulasan

Unknown berkata…
Operasi penggenalan kalkuleter


Catatan popular daripada blog ini

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?