Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel normalization

ANOMALI DALAM PANGKALAN DATA

Imej
ANOMALI?? Anomali berlaku kerana rekabentuk dalam pangkalan data yang tidak lengkap, tidak sesuai atau tidak sempurna. Anomali sering dikenali sebagai anomali ubahsuai data. Anomali akan menyebabkan pertindihan dan pengulangan data yang menyebabkan pembaziran ruang storan dan kekurangan integrity dalam Pangkalan Data. Terdapat 3 jenis anomali iaitu anomali kemas kini, anomali hapus data, anomali tambah data. JENIS – JENIS ANOMALI     1.        ANOMALI PENAMBAHAN [INSERT] Anomali yang berlaku apabila hendak menambah nilai ke dalam hubungan Kod_BijiBenih A003 telah ditambah ke dalam senarai biji benih tetapi data tidak dapat dipaparkan kerana tiada pelanggan yang memesan biji benih PETOLA. Data untuk biji benih tidak akan muncul selagi tiada pembeli yang memesan biji benih tersebut.       2.        ANOMALI PENGHAPUSAN [DELETE] Anomali yang berlaku apabila hendak menghapuskan satu nilai data dalam hubungan. Sekiranya Raudah hanya ingin m

KONSEP PENORMALAN

  PENGENALAN KEPADA PENORMALAN.    Dalam kita mereka bentuk pangkalan data hubungan, kita ingin menghasilkan suatu pangkalan data hubungan yang baik dengan mengurangkan bilangan duplikasi data (pertindihan data). Proses untuk menghasilkan pangkalan data yang baik dengan mengurangkan bilang duplikasi data adalah melalui proses penormalan. Penormalan merupakan satu cara untuk menganalisis jadual – jadual berdasarkan kekunci dan kebergantungan fungsian. Di mana ia melibatkan peraturan tertentu pada suatu jadual supaya pangkalan data boleh dinormalkan pada mana-mana peringkat. Proses penormalan telah diperkenalkan oleh Edgar F. Codd pada tahun 1972. Tiga bentuk penormalan yang akan diberi tumpuan ialah;           a)       Bentuk Normal Pertama (1NF) [First Normal Form]           b)       Bentuk Normal Kedua (2NF) [Second Normal Form]           c)       Bentuk Normal Ketiga (3NF) [Third Normal Form] Walaubagaimanapun terdapat juga bentuk penormalan yang lebih tinggi sepe