APA ITU OPEN DATABASE CONNECTIVITY (ODBC)?



ODBC merupakan singkatan bagi Open Database Connectivity adalah sebuah piawai terbuka untuk melakukan sambungan antara pangkalan data. ODBC ini dicipta pada tahun 1970 dan menjadi tumpuan utama pada tahun 1980 oleh vendor SQL. Standard ODBC ini menyediakan API yang dapat kita gunakan untuk menjalankan dan menyambungkan sebuah aplikasi dengan Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS). ODBC ini bertujuan untuk memudahkan sambungan aplikasi pangkalan data yang berlainan format contohnya, Microsoft Access, Ms FoxPro, Ms SQL Server, My SQL mahupun Oracle.

ODBC mempunyai kelengkapan driver yang akan dipasang secara automatic ketika kita memasang Operation System Windows (built in) seperti Ms SQL Server, Microsoft Access dan lain – lain. ODBC turut memberikan kemudahan antara muka yang bersifat neutral diantara Aplikasi Front-End dan Back End. Selain itu, ODBC juga dapat digunakan oleh user atau programmer dalam menulis aplikasi yang boleh dikembangkan di antara server dan vendor kerana ODBC mempunyai standard protocol yang menghubungkan segala jenis server pangkalan data.

Kelebihan Open Database Connectivity?

   ·         ODBC merupakan antara muka yang dapat mengakses maklumat dari pelbagai Server.
   ·         ODBC dapat menyokong sambungan aplikasi pangkalan data yang berlainan format.
   ·         ODBC mempunyai driver yang secara automatic akan dipasang ke pangkalan data.
   ·         Driver ODBC biasanya dikemaskini untuk memasukkan jenis data terkini.

Kekurangan Open Database Connectivity?

   ·         Sambungan ODBC dengan server pangkalan data mahupun pangkalan data adalah tertakluk kepada driver dan perisian yang digunakan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?