Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tokoh

EDGAR F. CODD : PERINTIS KEMAJUAN TEKNOLOGI PANGKALAN DATA

Imej
  PENGENALAN Edgar Frank “Ted” Codd atau lebih dikenali sebagai Edgar F. Codd merupakan anak bongsu daripada tujuh adik beradik yang dilahirkan pada 19 Ogos 1923 di England. Bapanya adalah seorang pengeluar barangan kulit dan ibunya pula adalah seorang guru. Beliau merupakan seorang ahli matematik dan sains komputer yang sumbangannya lebih dikenali dengan mencipta model hubungan untuk pengurusan pangkalan data yang menjadi teori asas kepada pangkalan data hubungan (relational database). KEHIDUPAN AWAL Pada tahun 1930an, beliau memasuki Poole Grammar School di Dorset dan telah dianugerahi biasiswa penuh untuk memasuki Universiti Oxford. Namun pada tahun 1942, beliau telah menawarkan diri untuk bertugas secara aktif dan telah menjadi leftenan penerbangan di Royal Air Force Coastal Command. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau kembali menghabiskan pengajiannya di Universiti Oxford dan memperolehi ijazah pada tahun 1948. Selepas itu beliau berhijrah ke Amerika Syarikat