Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel apa itu queries

APA ITU STRUCTURED QUERY LANGUAGE (SQL)

DEFINISI SQL SQL merupakan bahasa pemprograman khusus yang digunakan untuk mengakses data dalam pangkalan data untuk menjalankan tugasan, kerja, fungsi dan pertanyaan pada data.         SQL adalah salah satu aplikasi Database Management System (DBMS ) yang sering digunakan dalam operasi pangkalan data dan embedded pada kebanyakkan bahasa pemprograman yang menyokong pangkalan data. Perbezaan penggunaan SQL dapat dikenalpasti melalui sintak khusus yang digunakan untuk fungsian tertentu. Bahasa ini merupakan bahasa standard yang digunakan dalam pengurusan pangkalan data. Kini, hampir semua server pangkalan data yang ada menyokong bahasa ini untuk melakukan pengurusan data. Pada awalnya, SQL terdiri daripada bahasa definisi data (DDL) dan bahasa manipulasi data (DML). Bahasa SQL ini merangkummi insert, query, update dan delete, skema penciptaan dan modifikasi dan kawalan akses data. Pada tahun 1986, SQL menjadi standard dari American National Standards Institute (ANSI) dan pada

CARA MENCIPTA QUERY DALAM SATU JADUAL DENGAN MENGGUNAKAN QUERY WIZARD

Imej
1.       Buka fail pangkalan data yang sedia ada (Contohnya; Jualan Tudung (one-to-many).accd) dengan menggunakan MS Access. 2.       Pergi ke ribbon CREATE dan klik pada butang Query Wizard pada tab tersebut. 3.       Setelah kita klik pada pada Query Wizard, satu dialogue box akan dipaparkan. Klik pada mana – mana Query yang disediakan (untuk ini kita akan gunakan “Simple Query Wizard”). Setelah membuat pemilihan query, klik OK. 4.       Dialogue box seterusnya akan dipaparkan seperti dibawah, pilih jadual yang anda ingin query kan (untuk tutorial ini Lee akan gunakan Jadual: Pembelian) dan klik atribut – atribut yang anda ingin paparkan pada laporan query anda. Klik Next. 5.       Pilih “Detail (shows every field of every record)” klik Next.  6.       Dialogue box akan dipaparkan seperti dibawah. Anda perlu menamakan query anda dan klik Finish.  7.       Paparan di bawah merupakan paparan jadual query yang kita cipta.

QUERY DALAM PANGKALAN DATA??

Imej
                                                                   Query  [kweer-ee]                                                       (word origin – noun, plural) queries                                                                            1.        Pertanyaan                                                2.        Tanda tanya (?), selalu digunakan dalam ayat tanya                 QUERIES DALAM PANGKALAN DATA??                 Queries adalah mekanisma utama untuk mendapatkan semula maklumat daripada pangkalan data. Pertanyaan terdiri daripada soalan yang dikemukakan kepada pangkalan data dalam format yang telah ditetapkan. Kebanyakkan sistem pengurusan pangkalan data (Database Management System) menggunakan Structured Query Language (SQL) iaitu mengikut format pertanyaan standard.  Queries adalah cara mencari dan menyusun data dari satu atau lebih jadual. Menjalankan fungsi queries (pertanyaan) dapat digambarkan seperti bertanya soalan dengan lebih te