CARA MENCIPTA QUERY DARI BANYAK JADUAL DENGAN MENGGUNAKAN QUERY DESIGN


1. Buka fail pangkalan data yang sedia ada (Jualan Tudung (one-to-many.accd)) dengan menggunakan MS Access. 
      2. Pastikan atau lihat nama – nama jadual dan nama – nama medan yang sedia ada di dalam jadual dalam pangkalan data. (tajuk jadual dan nama medan boleh dirujuk melalui Relationships).

  
    3. Setkan query (pertanyaan) mengikut keperluan atau mengikut keinginan anda. Contohnya, pertanyaan untuk data Nama, Tudung dan Kuantiti. Ketiga – tiga medan ini terdapat di Jadual Pelanggan dan Jadual Pembelian.
  4. Klik tab ‘Create’ dan klik pada mana – mana fungsian Query yang ada sama ada Query Wizard atau Query Design.
    5. Paparan box seperti di bawah akan muncul. ‘Add’ dua jadual yang anda perlukan seperti pelanggan dan pembelian.

   
   6. Double click’ pada medan yang diperlukan. Sebagai contoh, Nama, Tudung dan Kuantiti.

   
   7 . Selepas itu, ‘Run’ query yang kita telah cipta.

   8. Query yang telah kita cipta akan dilampirkan seperti berikut.


   9. ‘Right click’ pada tab ‘Query1’ dan klik ‘Save’ untuk menyimpan nama jadual query. Lampiran Query ini saya akan simpan sebagai nama ‘Query nama, Tudung, Kuantiti’. Klik ‘OK.





  10 . Lihat SQL View, kod di bawah merupakan sintak SQL bagi lampiran query yang telah dicipta tadi.

   SELECT Pelanggan.Nama, Pembelian.Tudung, Pembelian.Kuantiti
   FROM Pelanggan INNER JOIN Pembelian ON Pelanggan.Nama =Pembelian.Nama; 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config