APA ITU INTEGRATED DEVELOPMENT ENVIRONMENT (IDE) ?


FAKTA TENTANG IDE?

                Integrated Development Environment (IDE) atau lebih dikenali sebagai Pembangunan Persekitaran Bersepadu merupakan aplikasi perisian yang menyediakan kemudahan menyeluruh kepada pengaturcara komputer untuk membuat satu program. IDE biasanya terdiri daripada source code editor build automation tools dan debugger. Kebanyakkan IDE moden mempunyai object-oriented software development(objek berorientasikan pembangunan perisian).

                Sesetengah IDE mengandungi compiler, interpreter atau kedua-duanya, seperti NetBeans dan Eclipse. Terdapat juga IDE yang tidak mempunyai compiler da interpreter seperti SharpDevelop dan Lazarus. Sempadan antara IDE adalah masih kurang jelas. Kadang kala sistem kawalan versi, atau pelbagai alat untuk memudahkan pembinaan Graphical User Interface (GUI) telah disepadukan. Kebanyakkan IDE moden juga mempunyai class browser, object browser dan gambar rajah kelas hierarki, untuk digunakan dalam object-oriented software development (objek berorientasikan pembangunan perisian).

Secara asasnya, IDE memiliki kemudahan seperti;

  1.        Editor  :  Untuk menulis source code. 
  2.       Compiler  :  Untuk menganalisis sintaks kod yang dibuat dan mengubahnya ke dalam bentuk binary yang sesuai dengan bahasa mesin. 
  3.       Debugger  :  Untuk melakukan percubaan terhadap kod yang telah dibuat.
  4.      Linker  :  Untuk menggabungkan data binary dari beberapa kod telah dihasilkan oleh compiler sehingga data – data binary menjadi satu dan menjadi satu program komputer yang dapat digunakan.


CONTOH - CONTOH IDE

   ·         C
   ·         C++
   ·         MS Visual C++
   ·         Delphi
   ·         Borland Delphi
   ·         Java
   ·         Netbeans
   ·         Eclipse
   ·         Pascal
   ·         Turbo Pascal

SEJARAH IDE?

Pada mulanya, IDE berkembang melalui konsol (console) dan terminal. Sistem awal, bahasa tidak boleh menyokong satu, kerana program telah disediakan dengan menggunakan flow chart (carta alir) dan coding sebelum dihantar kepada compiler. Dartmouth BASIC adalah bahasa pertama yang dibuat dengan menggunakan IDE (dan juga yang pertama direka untuk digunakan pada konsol (console) atau terminal). IDE yang merupakan sebahagian daripada Dartmouth Time Sharing System adalah berdasarkan arahan. Oleh itu, IDE ini tidak sama seperti menu-driven Graphical IDE yang popular. Walau bagaimanapun, IDE ini dilengkapi dengan penyuntingan bersepadu (integrated editing), penyusunan fail (file management), penyusunan (compilation), debugging dan pelaksanaan secara konsisten dengan IDE moden.

Maestro I adalah produk dari Softlab Munich dan dunia pertama pelopor Pembangunan Persekitaran Bersepadu pada 1975 khas untuk software (perangkat lunak). Maestro I telah dipasang (install) untuk 22,000 pengaturcara (programmer) di seluruh dunia. Sehingga tahun 1989, sebanyak 6000 pemasangan telah dibuat di Federal Rebulic of Germany. Maestro I boleh dikatakan pemimpin dunia dalam bidang ini dari tahun 1970-an hingga 1980-an. Pada era ini, Maestro I boleh didapati di Museum of Information Technology di Arlington.


Salah satu IDE pertama yang berkonsepkan plug-in adalah Softbench. Pada tahun 1995, Computerwoche memberi komen tentang penggunaan IDE yang tidak  diterima baik oleh para pembangun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?