APA ITU STRUCTURED QUERY LANGUAGE (SQL)

DEFINISI SQL

SQL merupakan bahasa pemprograman khusus yang digunakan untuk mengakses data dalam pangkalan data untuk menjalankan tugasan, kerja, fungsi dan pertanyaan pada data.

        SQL adalah salah satu aplikasi Database Management System (DBMS) yang sering digunakan dalam operasi pangkalan data dan embedded pada kebanyakkan bahasa pemprograman yang menyokong pangkalan data. Perbezaan penggunaan SQL dapat dikenalpasti melalui sintak khusus yang digunakan untuk fungsian tertentu.

Bahasa ini merupakan bahasa standard yang digunakan dalam pengurusan pangkalan data. Kini, hampir semua server pangkalan data yang ada menyokong bahasa ini untuk melakukan pengurusan data. Pada awalnya, SQL terdiri daripada bahasa definisi data (DDL) dan bahasa manipulasi data (DML). Bahasa SQL ini merangkummi insert, query, update dan delete, skema penciptaan dan modifikasi dan kawalan akses data. Pada tahun 1986, SQL menjadi standard dari American National Standards Institute (ANSI) dan pada tahun 1987 dari International Organization for Standardization (ISO).

        Antara bahasa yang menyokong fungsian SQL ialah: V Basic, C++ Builder, Delphi, ORACLE, MySQL, PostGreeSQL, JAVA dan banyak lagi.

SEJARAH SQL

SQL mula dibangunkan oleh Edgar F. Codd pada tahun 1969 melalui kertas kerja Teori Relational Database, kertas kerja ini mencadang sebuah bahasa yang disebut DSL/ Alpha untuk menguruskan data dalam Relational Database. Idea Edgar F. Codd diterima oleh IBM dan IBM telah merancang bahasa sebuah prototype sederhana DSL/ Alpha yang dikenali sebagai SQUARE.

Pada awal 1970 – an, SQL mula dikembangkan oleh IBM yang dipelopori oleh peneliti IBM Donald D. Chamberlin dan Raymond F. Boyce. Penelitian ini bertujuan untuk mengembangkan SQUARE menjadi SEQUEL (Structured English Query Language). SEQUEL digunakan untuk mengoperasikan prototype RDBMS pertama IBM, System R .ini dirancang untuk memanipulasi dan mencapai data yang tersimpan dalam sistem pengurusan pangkalan data IBM. Pada tahun 1970 – an juga, kelompok pengkaji dari IBM San Jose Research Laboratory telah mengembangkan System R. Singkatan SEQUEL kemudiannya ditukar menjadi SQL kerana terdapat masalah berkenaan nama dengan perusahaan pesawat dari UK-Based Hawker Siddeley yang terlebih dahulu memakai nama SEQUEL.

        Pada akhir tahun 1970 – an, perusahaan Relational Software Inc (Oracle Corporation) melihat bahawa bahasa SQL mempunyai potensi dan Oracle mula mengembangkan vesi SQL sendiri untuk RDBMS mereka. Pada 1979, Oracle V2 telah dikomersialkan, ini merupakan RDBMS pertama yang mengimplementasikan SQL.

        Kemudahan yang ditawarkan SQL mulai diimplementasikan oleh pelbagai RDBMS dengan versi SQL tersendiri. Tetapi hal ini menimbulkan masalah kerana perbezaan penerapan SQL dari satu aplikasi dengan aplikasi pangkalan data lain yang tidak seragam. Sehingga pada tahun 1986, ANSI (American National Standard Institute) merancang sebuah standard untuk SQL. Setahun selepas itu, ISO (International Organization fo Standardization) juga mengeluarkan standard untuk SQL. Versi akhir standard SQL telah dikeluarkan pada tahun 2011, yang dinamakan SQL 2011. Ini bertujuan untuk menyeragamkan SQL antara aplikasi RDBMS.

KELEBIHAN SQL

·         Kecepatan akses yang tinggi. SQL Query dapat digunakan untuk mencapai sejumlah data yang besar dari pangkalan data dengan cepat dan efisyen.
·         Tidak perlu menaip coding. Dengan menggunakan SQL Standard, program memudahkan kita untuk menjalankan sistem pangkalan data tanpa perlu menaip sejumlah besar kod arahan.
·         Kemunculan ORDBMS.  Pangkalan Data SQL yang sebelumnya dikenali sebagai pangkalan data relational dan kemudian dinaiktaraf kepada Object Oriented DBMS yang mempunyai kemampuan menyimpan objek yang telah diperluaskan dari pangkalan data relational.

KELEMAHAN SQL

·         Pengguna menghadapi kesukaran antaramuka kerana antaramuka pangkalan data SQL lebih kompleks atau lebih rumit daripada pangkalan data versi lama. Dan kita masih perlu menambahkan beberapa baris kode arahan.

JENIS – JENIS PERINTAH SQL

Perintah atau arahan SQL dapat dikelaskan mengikut jenis dan fungsinya Secara umumnya terdapat 4 jenis perintah SQL;

        ·         Data Definition Language (DDL) – merupakan jenis arahan yang berkaitan dengan mencipta struktur jadual dan pangkalan data. Antara arahannya ialah; CREATE, DROP, ALTER dan RENAME.

        ·         Data Manipulation Language (DML) – merupakan jenis arahan SQL yang berkaitan dengan data dalam jadual,untuk menginput, menghapus dan memperbaharui serta membaca data yang tersimpan dalam pangkalan data. Contoh perintah SQL untuk DML ialah; SELECT, INSERT, DELETE dan UPDATE.
  
        ·         Data Control Language (DCL) – adalah jenis arahan SQL yang menguruskan hak akses dan pengguna (user) yang dapat mengakses pangkalan data mahupun jadual. Antara arahannya ialah; GRANT dan REVOKE.


        ·         Transaction Control Language (TCL) – perintah SQL untuk proses transaksi.  Proses ini digunakan untuk menjalankan perintah yang lebih dari satu. TCL ini merupakan arahan yang boleh menjalankan banyak perintah sekali gus. Antara arahan TCL ialah; COMMIT, ROLLBACK, dan SAVEPOINT serta SET TRANSACTION

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?