DEFINISI KEBOLEHCAPAIAN PANGKALAN DATA
Kebolehcapaian pangkalan data
boleh ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mencapai data yang disimpan oleh
pengendali dengan cara meminimakan sebarang halangan jarak dan kos dengan menggunakan
antaramuka pengguna.
REALITI ERA PANGKALAN DATA
Sebelum teknologi Sistem
Pengurusan Pangkalan Data digunakan, manusia menggunakan satu sistem pangkalan
data tradisional untuk menyimpan maklumat penting. Secara khususnya pejabat –
pejabat besar seperti Hospital, Pejabat Polis, Jabatan Rangkaian dan Jabatan
Pentadbiran Kerajaan, mengumpulkan data pelanggan, pengguna dan rekod penting
yang lain di dalam sebuah bilik. Dalam bilik tersebut terdapat rak – rak yang
telah disetkan dengan kod, abjad, tarikh atau tahun. Fail – fail yang berkenaan
akan disusun mengikut perkara tertentu.
Fail – fail ini hanya dikumpulkan
di satu tempat khas, jika kita ingin mencari maklumat yang diperlukan, kita
perlu mencari fail tersebut di setiap rak, bahagian dan juga fail. Kaedah
tradisional ini sangatlah menyusahkan dan merumitkan para pencari maklumat
kerana terpaksa mencari satu demi satu maklumat dalam masa yang lama. Kaedah
ini juga mengalami banyak kekangan kerana selepas pencarian maklumat, selalunya
fail – fail maklumat akan bersepah atau tercicir dan kemungkin menyebabkan fail
tersebut sukar untuk dikenalpasti lagi kedudukan yang sepatutnya. Kesan
kekangan ini menyebabkan kita sukar untuk mencapai atau mengakses data.
Sebagai contoh, di Klinik Desa,
pihak kaunter mengalami kesukaran dalam mengakses maklumat pesakitnya kerana
terdapat terlampau banyak maklumat yang disimpan. Pihak tersebut juga terpaksa
mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat, mungkin kebarangkalian
maklumat pesakit tersebut tidak disusun di tempat yang sepatutnya atau pun
hilang.
Pada zaman Sistem Pengurusan
Pangkalan Data semakin maju, manusia semakin mudah untuk menyimpan data dan
mengakses data. Sistem Pengurusan Pangkalan Data bukan sahaja sistematik malah
penggunaanya yang efisyen. Sistem kini memudahkan penggunanya dalam mengakses
data dalam masa yang singkat dengan lengkap tanpa kesalahan atau pertindihan
data. Maklumat juga boleh diakses di mana – mana sahaja dengan adanya rangkaian
Internet. Rangkaian Internet yang meluas memudahkan semua orang mengakses data
dengan menggunakan peranti mudah alih seperti Smartphone atau dengan
menggunakan komputer meja, computer (Dekstop) riba (Laptop) dan banyak lagi
peranti. Sistem moden ini bukan sahaja ringkas malah dilengkapi dengan
antaramuka pengguna yang memudahkan pengguna untuk mengakses data dalam talian.
Ulasan