APA ITU DNS / DNS SERVER (DOMAIN NAME SYSTEM)?
PENGENALAN KEPADA DNS
Domain Name System (DNS) adalah Distribute Database System
yang digunakan untuk pencarian nama komputer (name resolution) di jaringan yang
menggunakan TCP/IP Address. DNS merupakan aplikasi perkhidmatan yang digunakan
di Internet seperti web browser atau e – mail yang menterjemah sebuah domain
kepada alamat IP. Dengan kata lain, DNS menterjemahkan alamat IP kepada satu
alamat domain yang mudah untuk manusia ingat. Contoh alamat domain seperti
Facebook.com.
DNS ini berfungsi untuk menterjemah nama komputer ke alamat
IP dengan memetakan nama komputer menjadi alamat IP.
STRUKTUR DNS
Struktur domain ditentukan berdasarkan tingkat kemampuan
yang terdapat di struktur hierarki yang disebut level.
·
Root
Domain – merupakan Domain teratas yang ditulis dalam bentuk titik (.)
·
Top Level
Domains – semua yang terletak dibawah root domain. Berikut adalah
pengelasan nama domain yang ada pada level ini;
o
gTLD
(generic Top Level Domain) : .com, .net, .org, .edu, .int, .mil / .aero,
.biis, .coop
o
ccTLD
(country code Top Level Domain): .id, .jp, .ml, .us, .uk
·
Second
Level Domains – mengandungi host atau domain lain. Seperti domain amazon
dan yahoo. Dibawah ini merupakan contoh dari second level domain:
o
.ac :
academic
o
.co : company
o
.or: organization
o
.net: network
o
.go : government
o
.sch :
school
o
.web :
web
·
Host
Names – Domain name yang digunakan dengan Host Name akan menciptakan Fully
Qualified Domain Name (FQDN) untuk setiap komputer. Lokasi DNS ini diedarkan di
seluruh dunia. Dengan penyebaran ini, oraganisasi masing – masing perlu
bertanggungjawab ke atas pangkalan data yang berisi maklumat mengenai
jaringannya sendiri.
SEJARAH DNS
Sebelum penggunaan DNS diluaskan, jaringan komputer
menggunakan file HOST.TXT yang berisi informasi dari nama komputer dan alamat
IP. Di Internet, file ini diadakan secara berpusat dan di setiap lokasi harus
menambah versi terbaharu dari file HOSTS tersebut. Jadi versi baru ini sangat
menyusahkan terutamanya jika terdapat penambahan satu komputer di jaringan
kerana perlu menambah versi terbaru file ini ke setiap lokasi host komputer.
Perkara ini semakin menyusahkan kerana semakin luasnya jaringan internet. Pada
akhir tahun 1983, Paul Mockapetris telah mencipta sistem DNS di University of
California. DNS ini direka untuk menggantikan fungsi file HOSTS, dengan
kelebihan unlimited database size dan pelaksanaan yang baik.
KELEBIHAN DNS
·
Memudahkan pengguna kerana tidak perlu mengingat
alamat IP sebuah komputer, cukup dengan mengingat host name sahaja.
·
DNS sentiasa konsisten kerana Host name tidak
berubah. Tidak seperti Alamat IP yang sentiasa berubah.
·
DNS Server ringkas dan mudah untuk dikonfigurasikan
kerana pengguna hanya menggunakan satu nama untuk mencari nama domain walaupun
ada banyak mirror server yang digunakan.
KEKURANGAN DNS
·
Pengguna tidak dapat menggunakan banyak nama
untuk mencari nama domain di Internet mahupun di Intranet.
·
Tidak boleh mencipta banyak nama domain.
Ulasan