APA ITU HTML (HYPER TEXT MARKUP LANGUAGE)?
DEFINISI
HTML ialah singkatan dari Hyper
Text markup Language yang merupakan file teks atau file ASCII yang mengandungi
arahan/script kepada web browser untuk menampilkan suatu tampilan grafik dari
sebuah laman web.
HTML ini lebih mudah ditakrifkan
sebagai bahasa tanda yang digunakan untuk membuat laman web. Ianya lebih kepada
bahasa yang menetapkan corak paparan sesebuah dokumen yang akan diterjemah oleh
pelayar web (web browser).
SEJARAH PERKEMBANGAN HTML
HTML dicipta ole Tim Berners-Lee ketika masih bekerja untuk
CERN dan HTML ini pertama kali dipopularkan oleh browser Mosaic. Era awal 1990,
HTML telah berkembang pesat dan setiap pengembangannya pasti akan ada
penambahbaikan pada kemampuan dan kemudahan yang lebih baik dari versi
sebelumnya. Perkembangan HTML ini menyebabkan browser juga turut menaiktaraf
diri supaya boleh menyokong kod – kod HTML yang baharu.
FUNGSI HTML
·
Mencipta, mereka, mengawal paparan dari webpage
dan kandungannya.
·
Memaparkan dokumen secara atas talian sehingga
boleh diakses dan dilihat dari seluruh dunia.
·
Mencipta borang online yang boleh digunakan
untuk menguruskan pendaftaran dan transaksi secara atas talian.
·
Menambah objek – objek seperti imej, audio,
video dan juga Java dalam document HTML.
Tanda – tanda / simbol – simbol umum yang digunakan dalam HTML
·
Tanda yang digunakan : <, >, /
·
Tag:
<tag> contoh:
<body>
·
Element: <tag>……………</tag> contoh:
<title>TAJUK</title>
·
Atribut:
<tag attribute=”…..”>………………</tag> contoh:
<div id=”html”>Apa itu
HTML? </div>
TAG – TAG ASAS HTML
Ø
<html> - merupakan tag utama untuk halaman
HTML.
Ø
<head> - semua elemen head diletakkan di
tag ini.
Ø
<title> - menampilkan tajuk halaman.
Ø
<body> - kandungan halaman. Apa – apa
sahaja yang ditulis di body akan dipaparkan pada halaman HTML.
Untuk mempelajari tentang HTML dengan lebih lanjut sila
pergi ke W3Schools.comhttp://www.w3schools.com/html/default.asp
Ulasan