Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

DLC (DATABASE LIFE CYCLE) / KITAR HAYAT PANGKALAN DATA

Imej
Kitar hayat pangkalan data ini berorientasikan data. Ciri – ciri data menjadi asas reka bentuk skema Pangakalan Data.  Fungsi sistem dibangunkan berdasarkan skema. 1.        PERANCANGAN ·          Faktor asas yang mempengaruhi perancangan adalah kerja yang perlu dilakukan, Sumber yang ada untuk melaksanakannya dan Kewangan / Peruntukan yang disediakan. ·          Tujuan Fasa Perancangan ialah – Analisis situasi organisasi, Takrif Masalah, Takrif Objektif, Takrif Skop dan Sempadan dan Kajian Kesauran.         2.        ANALISIS DATA DAN TAKRIF KEHENDAK PENGGUNA ·          Melakukan aktiviti seperti temubual, Melakukan permerhatian kendalian sistem dan mengkaji laporan atau dokumen sedia ada bagi mendapatkan maklumat kehendak pengguna.      3.        REKA BENTUK ·          Tujuan utama proses ini untuk mewakili data dan perhubungan antara data, Membekalkan model data yang menyokong urus niaga serta menentukan reka bentuk sistem yang memenuhi kehendak p

APA ITU STRUCTURED QUERY LANGUAGE (SQL)

DEFINISI SQL SQL merupakan bahasa pemprograman khusus yang digunakan untuk mengakses data dalam pangkalan data untuk menjalankan tugasan, kerja, fungsi dan pertanyaan pada data.         SQL adalah salah satu aplikasi Database Management System (DBMS ) yang sering digunakan dalam operasi pangkalan data dan embedded pada kebanyakkan bahasa pemprograman yang menyokong pangkalan data. Perbezaan penggunaan SQL dapat dikenalpasti melalui sintak khusus yang digunakan untuk fungsian tertentu. Bahasa ini merupakan bahasa standard yang digunakan dalam pengurusan pangkalan data. Kini, hampir semua server pangkalan data yang ada menyokong bahasa ini untuk melakukan pengurusan data. Pada awalnya, SQL terdiri daripada bahasa definisi data (DDL) dan bahasa manipulasi data (DML). Bahasa SQL ini merangkummi insert, query, update dan delete, skema penciptaan dan modifikasi dan kawalan akses data. Pada tahun 1986, SQL menjadi standard dari American National Standards Institute (ANSI) dan pada

APA ITU DML (DATA MANIPULATION LANGUAGE)?

Imej
DML (Data Manipulation Language) ialah salah satu perintah SQL yang digunakan untuk proses pengolahan data dalam jadual seperti memasukkan, mengubah dan menghapus data. Untuk memudahkan penerangan tentang perintah – perintah DML ini, Lee akan menyediakan contoh jadual untuk rujukan. DML mempunyai 4 jenis sintak perintah iaitu;    1.        SELECT Select digunakan untuk mengambil data dan menampilkan data dari satu jadual atau beberapa jadual. ·          SELECT boleh digunakan untuk menampilkan isi jadual dengan pilihan tertentu. Untuk menampilkan seluruh isi jadual taip: SELECT *FROM nama_jadual; Contoh penggunaan sintak dan output yang akan kita lihat. SELECT *FROM PELAJAR;    ·          Untuk menampilkan isi jadual dengan column tertentu. Kita boleh taip sintak seperti dibawah; SELECT column1, column2.. FROM nama_jadual; Contoh penggunaan sintak tersebut dan hasil paparan output;

APA ITU DCL (DATA CONTROL LANGUAGE)?

DCL (Data Control Language) merupakan salah satu perintah SQL yang digunakan untuk melakukan satu kawalan pada data yang ada di dalam pangkalan data. Kawalan yang dimaksudkan ialah memberikan privilege atau hak akses kepada user yang akan mengakses data pada suatu pangkalan data. DCL mempunyai 2 jenis sintak perintah yang umum;    1.        GRANT Perintah GRANT digunakan oleh Admnistor untuk memberikan hak akses kepada pengguna pangkalan data. Cara menulis sintak untuk GRANT ialah; GRANT [privilege] ON [object] TO [user] [WITH GRANT OPTION] ·          privilege - Merupakan kata kunci ALL (untuk memberikan pelbagai keizinan untuk melakukan apa – apa perubahan pada pangkalan data). Contohnya, CREATE DATABASE, SELECT, INSERT, UPDATE, DELETE, EXECUTE dan CREATEVIEW. ·          Object – Merupakan objek pangkalan data. Pilihan hak akses yang tetap akan bervariasi berdasarkan jenis objek pangkalan data yang anda masukkan ke dalam Klaus ON. Biasanya objek yang

APA ITU DDL (DATA DEFINITION LANGUAGE)?

Imej
DDL (Data Definition Language) merupakan salah satu perintah SQL yang digunakan untuk membangunkan kerangka pangkalan data. DDL mempunyai 4 jenis perintah yang umum;    1.        CREATE CREATE digunakan untuk mencipta pangkalan data baharu, view baharu, column baharu dan lain – lain. Cara mencipta jadual dalam pangkalan data ialah; CREATE TABLE Jadual_Pelajar( No.Kad_Matrik varchar(10) default NULL, Nama_Pelajar varchar(8) default NULL, Jantina varchar(1) default NULL, PRIMARY KEY (No.Kad_Matrik)    2.        ALTER & RENAME ALTER digunakan untuk mengubah struktur suatu objek dalam pangkalan data. Cara menulis sintak ALTER ialah; Alter table Jadual_Pelajar add Alamat varchar(25);    3.        DROP DROP digunakan untuk menghapuskan objek dalam pangkalan data. Cara menulis sintak arahan untuk DROP ialah; Drop table Jadual_Pelajar; Berikut merupakan contoh peritah DDL yang digunakan pada SQL.   K   CREATE CREATE DATABASE C

CARA MENCIPTA QUERY DALAM SATU JADUAL DENGAN MENGGUNAKAN QUERY WIZARD

Imej
1.       Buka fail pangkalan data yang sedia ada (Contohnya; Jualan Tudung (one-to-many).accd) dengan menggunakan MS Access. 2.       Pergi ke ribbon CREATE dan klik pada butang Query Wizard pada tab tersebut. 3.       Setelah kita klik pada pada Query Wizard, satu dialogue box akan dipaparkan. Klik pada mana – mana Query yang disediakan (untuk ini kita akan gunakan “Simple Query Wizard”). Setelah membuat pemilihan query, klik OK. 4.       Dialogue box seterusnya akan dipaparkan seperti dibawah, pilih jadual yang anda ingin query kan (untuk tutorial ini Lee akan gunakan Jadual: Pembelian) dan klik atribut – atribut yang anda ingin paparkan pada laporan query anda. Klik Next. 5.       Pilih “Detail (shows every field of every record)” klik Next.  6.       Dialogue box akan dipaparkan seperti dibawah. Anda perlu menamakan query anda dan klik Finish.  7.       Paparan di bawah merupakan paparan jadual query yang kita cipta.

TRANSACTION CONTROL LANGUAGE [TCL]

DEFINISI DAN TAKRIF TCL ialah singkatan bagi Transaction Control Language atau Transaksi Kawalan Bahasa.             Kawalan Bahasa Transaksi (TCL) adalah bahasa komputer dan subset SQL yang digunakan untuk mengawal pemprosesan transaksi dalam sistem pangkalan data. Transaksi ialah unit logik kerja yang terdiri daripada satu atau lebih kenyataan SQL, biasanya sekumpulan Manipulasi Data Bahasa (DML). KEGUNAAN & FUNGSI Transaksi Kawalan Bahasa digunakan untuk menguruskan perubahan yang dibuat oleh kenyataan DML (Data Manipulation Language). TCL juga merupakan sebuah arahan SQL yang digunakan untuk menguruskan perubahan yang memberi kesan kepada data. Arahan ini adalah memberi komitmen (commit), melakukan pengembalian (rollback) dan savepoint. COMMIT (KOMITMEN) TUJUAN             Untuk menamatkan transaksi yang tinggi dan menetapkan semua perubahan yang dilakukan dalam urusniaga. Arahan ini juga akan memadamkan semua savepoints dalam urusniaga dan melepask