APA ITU CDMA (CODE DIVISION MULTIPLE ACCESS)?


Code division multiple access atau singkatannya CDMA adalah sebuah cara komunikasi yang mengirimkan data melalui kaedah pengiriman dalam bentuk kod unik yang mengatur paket data yang dikirim.

SEJARAH CDMA

Teknologi CDMA pada awalnya digunakan dalam komunikasi radio militer Amerika Syarikat (AS) yang digunakan pada Perang Dunia Kedua. Tujuan CDMA ini digunakan adalah untuk menganggu transmisi Jerman. Mereka memutuskan untuk mentransmisikan bukan hanya pada satu frekuensi tetapi banyak frekuaensi. Misi mereka ini telah menyukarkan Jerman untuk menangkap talian yang lengkap. Bermula tahun 1990, teknologi ini dipelopori oleh  Qualcomm, Inc dan dijadikan standard selular digital di AS sejak tahun 1993. Teknologi ini sangat selamat kerana tidak dapat dicipta dengan serupa oleh orang lain.

                Kini, CDMA semakin meluas digunakan dalam banyak sistem komunikasi termasukpada Global Positioning System (GPS) dan pada sistem satelit OmniTRACS. Sistem terakhir direka dan dibangunkan oleh Qualcomm an bakal membantu Qualcomm bagi menemukan Soft Handoff dan kendali tenaga cepat, teknologi yang diperlukan untuk menjadikan CDMA praktik dan efisyen untuk komunikasi selular.

KELEBIHAN CDMA

  ·         Kos biaya yang diperlukan lebih murah berbanding menggunakan GSM.
  ·         Kualiti panggilan yang lebih baik dan lancar.
  ·         Hanya memerlukan satu frekuensi untuk beberapa sector / cell.
  ·         Tidak memerlukan equalizer untuk mengatasi gangguan sprektrum talian.
  ·         Dapat bergabung dengan kaedah akses lain dan tidak memerlukan guard time untuk melihat rentang masa dan guard band untuk menjaga intervensi .
  ·         Tidak memerlukan lokasi dan pengelolaan frekuensi. Memiliki perlindungan semasa dari hacker.
  ·         Memiliki kapasiti yang sedikit untuk membatasi pengguna akses.

KEKURANGAN CDMA

  ·         Harga modem relative yang mahal terutamanya yang mendokong teknologi Evdo Rev.A (3.1mbps)

  ·         Jaringan CDMA yang masih belum meluas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?