MEMBUAT REPORT DARI JADUAL (TABLE)

Report bertujuan untuk melampirkan lampiran khusus untuk Salinan atau cetakan hardcopy, lampiran ini merupakan rujukan tanpa komputer, untuk kegunaan luar pejabat, kertas kerja, kegunaan majikan dan sebagainya.

Cara mencipta Report adalah seperti dibawah;

1.      Buka fail pangkalan data sedia ada.
2.      Di bawah merupakan jadual pembelian yang akan dilaporkan (report)


3.      Klik pada tab ‘create’ dan klik pada mana – mana report pada group menu report (untuk tutorial ini saya gunakan Report Wizard) untuk membuat Report bagi jadual pembelian.


4.      Klik pada report wizard dan satu dialogue box akan dipaparkan seperti dibawah.

a)      Pilih Jadual yang anda ingin jadikan report. (Saya akan gunakan jadual: Pembelian).
b)      Selepas memilih jadual anda perlu memilih medan yang anda ingin paparkan ke dalam Report anda. (Saya akan pilih medan; Nama, Tudung, Kuantiti, dan Total Discount).
c)      Ok. Klik Next.



5.      Lihat turutan dialogue box di bawah.
a)      Pada dialogue box a), klik Next.
b)      Pada dialogue box b), anda boleh memilih susunan keutamaan medan yang anda inginkan dan klik Next.
c)      Pada paparan c), anda boleh memilih gaya layout anda, sama ada Stepped, Block, Outline ataupun memilih untuk Potrait atau Landscape. Klik Next.



6.      Sebuah paparan Report akan dilampirkan seperti berikut..




Paparan Report yang telah tersedia untuk dicetak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?