APA ITU HDMI (HIGH DEFINITION MULTIMEDIA INTERFACE) ?
DEFINISI HDMI
HDMI (High Definition Multimedia
Interface) atau dalam bahasa melayu dipanggil Antaramuka Multimedia Definisi
Tinggi ialah antaramuka penyambungan audio / video yang digunakan untuk memancarkan
stream digital yang besar dan tidak boleh dimampatkan.
HDMI
menyambungkan sumber audio / video digital yang menggunakan DRM, seperti set-top
box, pemain cakera Blu-ray, laptop, konsol permainan video, atau penerima AV,
kepada peranti audio digital yang serasi, seperti televisyen digital (DTV).
HDMI muncul pada tahun 2006 dalam kamera video HDTV dan kamera digital yang
canggih.
HDMI
dijadikan alternative DRM kepada piawai analog pengguna seperti (kabel
sepaksi), video komposit, S-Video, SCART, video komponen dan VGA, serta
piawaian digital seperti DVI (DVI-D dan DVI-I). Pengedaran HDMI dijangka
mengatasi pengedaran Antara Muka Visual Digital (DVI) pada tahun 2008 dengan
bantuan pengedaran oleh pasaran elektronik pengguna (consumer electronics, CE).
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI HDMI
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN HDMI
APA KELEBIHAN HDMI?
HDMI merupakan sambungan standard
untuk semua peralatan keluaran terbaru yang memberikan kualiti pemindahan data
yang terbaik. HDMI bukan sahaja memnyediakan kualiti yang baik malah sambungan
HDMI juga memberikan kemudahan set up dengan hanya menggunakan sebuah kabel.
Kabel HDMI dapat menghantar 8
channel audio dari sebuah player Hi-End dengan sempurna. Selain audio, kabel
HDMI juga mampu untuk menghantar data digital yang tidak dimampatkan dengan
cepat, sehingga memberikan kualiti gambar dan data yang lebih sempurna.
Sebuah kabel HDMI mampu menghantar
gambar dari 1080p hingga 4000p atau lebih untuk video HD malah kemampuan
menghantar data yang lebih besar juga telah disediakan untuk teknologi baru
akan datang. Kemampuan HDMI dalam membuat pelbagai peralatan elektronik telah
memberikan keluaran mulai dari peralatan Handycam, Game, Handphone, DVR, Blueray
Player, DVD Player, Kabel TV dan komputer untuk dihubungan ke TV melalui kabel
HDMI.
APA KELEMAHAN HDMI ?
HDMI
merupakan teknologi yang masih baru. Jadi, tidak semua TV memiliki input model
HDMI. Umumnya untuk TV model lama, memang tidak disediakan fungsian HDMI.
Selain itu, kabel HDMI dijual dengan harga yang lebih mahal.
Kabel
HDMI ini tidak boleh dikongsi (tidak boleh dibuat kabel bercabang) seperti
sambungan lain. Lain pula dengan sambungan untuk RCA, apabila sambungan dibuat
pada beberapa ruangan,
Ulasan