APA ITU TCP (TRANSMISSION CONTROL PROTOCOL) ?


Assalamualaikum~ kepada pengunjung blog ini (Ok jujur sebenarnya tak ada pengunjung pun..). Jujur, Lee masih tak berapa faham tentang tajuk ni sebab rumit sangat. Disebabkan pensyarah dah suruh post kat blog, Lee pun post je lah.. Insya Allah kalau Lee faham pasal makhluk bernama TCP ni. Lee akan perbaiki post ini ~

DEFINISI TCP

TCP ialah singkatan bagi Transmission Control Protocol adalah standard komunikasi data yang digunakan oleh internet dalam proses pertukaran data dari satu komputer ke komputer lain di dalam jaringan Internet. Protokol ini tidak dapat berdiri sendiri keranaprotokol ini seperti protocol suite. Protocol ini juga ditunjukkan dalam bentuk software di dalam Sistem Operasi. Istilah yang yang diberikan untuk software ini ialah TCP/IP stack.

SEJARAH TCP

Semasa tahun 1973, Vint Cerf dan Bob Kahn menulis spesifikasi atas protocol tetapi internet pada masa itu, masih merupakan media yang dilarang untuk keperluan komersial. Pada Mei 1974, IEEE menerbitkan kertas kerja tentang “Protokol sebagai paket sambungan jaringan”. Sebagai penulis kertas kerja tersebut, Cerf dan Kahn mengaplikasikan sebuah protocol interconnection untuk berkongsi layanan dengan memanfaatkan pertukaran paket data. Komponen pengawal utama model ini dikenali sebagai “Program Kawalan Transmisi” yang menggabungkan tautan sambungan dan layanan antara host. Program Kawalan Transmisi ini kemudiannya dipecahkan ke dalam arsitektur modular yang terdiri daripada Protokol Control Transmission pada sambungan dan Internet Protocol pada datagram. Model ini kemudiannya dikenali dengan istilah TCP/IP atau istilah formalnya, Paket Protokol Internet.

KELEBIHAN TCP/IP

Perkembangan TCP/IP ini diterima luas dan menjadi standard jaringan komputer berkaitan dengan ciri – ciri yang terdapat pada protocol yang merupakan kelebihan dari TCP/IP iaitu;

   ·         Perkembangan TCP/IP menggunakan standard protocol terbuka sehingga tersedia secara meluas. Semua orang boleh mengembangkan software untuk berkomunikasi menggunakan protocol ini.
   ·         Tidak bergantung kepada hardware atau Sistem Operasi Jaringan tertentu sehingga TCP/IP sesuai untuk pelbagai network seperti Ethernet, Dial – up line dana banyak lagi.
   ·         Software yang bersifat unik dalam skala global, komputer dapat mengenalpasti secara unik komputer lain dalam seluruh jaringan walaupun jaringan tersebut seluas jaringan World Wide Internet. Setiap komputer yang tersambung dengan jaringan TCP/IP memiliki alamat yang tersendiri.

   ·         TCP/IP memiliki kemudahan routing dan jenis layanan yang dapat diterapkan pada internetwork. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?