QUERY DALAM PANGKALAN DATA??


                                                                   Query  [kweer-ee]
                                                      (word origin – noun, plural) queries
                                                                           1.       Pertanyaan
                                               2.       Tanda tanya (?), selalu digunakan dalam ayat tanya
               

QUERIES DALAM PANGKALAN DATA??

                Queries adalah mekanisma utama untuk mendapatkan semula maklumat daripada pangkalan data. Pertanyaan terdiri daripada soalan yang dikemukakan kepada pangkalan data dalam format yang telah ditetapkan. Kebanyakkan sistem pengurusan pangkalan data (Database Management System) menggunakan Structured Query Language (SQL) iaitu mengikut format pertanyaan standard.

 Queries adalah cara mencari dan menyusun data dari satu atau lebih jadual. Menjalankan fungsi queries (pertanyaan) dapat digambarkan seperti bertanya soalan dengan lebih terperinci tentang pangkalan data anda. Apabila anda membina pertanyaan dalam sesebuah pangkalan data (dengan menggunakan Microsoft Access), anda perlulah menentukan syarat carian yang khusus untuk memudahkan mencari data yang anda mahukan.

Queries (pertanyaan) adalah jauh lebih teliti dan hebat daripada carian mudah yang anda jalankan di dalam jadual anda. Walaupun carian mudah dapat membantu anda dalam mencari data pengguna , tetapi anda tetap perlu menjalankan fungsi queries (pertanyaan) untuk mencari maklumat lengkap setiap pelanggan yang menjalankan urusniaga dalam masa tertentu. Queries (pertanyaan) yang direka dengan baik boleh memberikan maklumat yang perlukan kerana fungsi pertanyaan ini memudahkan mencari maklumat yang mungkin tidak dapat untuk anda cari hanya dengan mencari melalui data dalam jadual anda.



Butang Queries (pertanyaan) boleh menjalankan banyak fungsi  yang berbeza dalam pangkalan data. Fungsi paling am ialah mendapatkan semula data yang khusus dari jadual – jadual. Data carian yang dilihat itu biasanya merentasi beberapa jadual dan fungsi queries (pertanyaan) membolehkan anda untuk melihatnya dalam datasheet tunggal yang lebih mudah difahami. Oleh kerana anda tidak mahu melihat semua rekod sekaligus, queries (pertanyaan) membenarkan anda menambah fungsi menapis (filter) data kepada rekod – rekod yang dikehendaki.

                Queries datang dalam dua jenis yang asas iaitu pilih pertanyaan dan pertanyaan tindakan. Pertanyaan pilih hanya mengambil data dan sedia untuk digunakan. Anda boleh melihat keputusan pertanyaan pada skrin, mencetak keluar (print out) atau salinnan ke papan clip (copy to clipboard).


                Untuk pertanyaan tindakan, fungsi ini menjalankan tugas dengan data. Boleh digunakan untuk mencipta jadual baru, menambah data pada jadual sedia ada, mengemaskini data – data atau menghapuskan data.

Ulasan

Unknown berkata…
boleh ke kita masukkan button carianan dalam report?
Nurah Lee berkata…
Ya boleh masukkan button or textbox untuk carian dalam report tu.. cuma kena buat function lah untuk itu.. kena guna Macro tak silap saya untuk buat benda tu.

(Maaf kalau salah, dah lama tinggal MS Access ni XD)

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?