QUERY DALAM PANGKALAN DATA??
Query [kweer-ee]
(word origin – noun, plural) queries
1.
Pertanyaan
2.
Tanda tanya (?), selalu digunakan dalam ayat
tanya
QUERIES DALAM PANGKALAN DATA??
Queries
adalah mekanisma utama untuk mendapatkan semula maklumat daripada pangkalan
data. Pertanyaan terdiri daripada soalan yang dikemukakan kepada pangkalan data
dalam format yang telah ditetapkan. Kebanyakkan sistem pengurusan pangkalan
data (Database Management System) menggunakan Structured Query Language (SQL)
iaitu mengikut format pertanyaan standard.
Queries adalah cara mencari dan menyusun data
dari satu atau lebih jadual. Menjalankan fungsi queries (pertanyaan) dapat
digambarkan seperti bertanya soalan dengan lebih terperinci tentang pangkalan
data anda. Apabila anda membina pertanyaan dalam sesebuah pangkalan data
(dengan menggunakan Microsoft Access), anda perlulah menentukan syarat carian
yang khusus untuk memudahkan mencari data yang anda mahukan.
Queries (pertanyaan) adalah jauh
lebih teliti dan hebat daripada carian mudah yang anda jalankan di dalam jadual
anda. Walaupun carian mudah dapat membantu anda dalam mencari data pengguna ,
tetapi anda tetap perlu menjalankan fungsi queries (pertanyaan) untuk mencari
maklumat lengkap setiap pelanggan yang menjalankan urusniaga dalam masa
tertentu. Queries (pertanyaan) yang direka dengan baik boleh memberikan
maklumat yang perlukan kerana fungsi pertanyaan ini memudahkan mencari maklumat
yang mungkin tidak dapat untuk anda cari hanya dengan mencari melalui data
dalam jadual anda.
Butang Queries (pertanyaan) boleh
menjalankan banyak fungsi yang berbeza
dalam pangkalan data. Fungsi paling am ialah mendapatkan semula data yang
khusus dari jadual – jadual. Data carian yang dilihat itu biasanya merentasi
beberapa jadual dan fungsi queries (pertanyaan) membolehkan anda untuk
melihatnya dalam datasheet tunggal yang lebih mudah difahami. Oleh kerana anda
tidak mahu melihat semua rekod sekaligus, queries (pertanyaan) membenarkan anda
menambah fungsi menapis (filter) data kepada rekod – rekod yang dikehendaki.
Queries
datang dalam dua jenis yang asas iaitu pilih pertanyaan dan pertanyaan
tindakan. Pertanyaan pilih hanya mengambil data dan sedia untuk digunakan. Anda
boleh melihat keputusan pertanyaan pada skrin, mencetak keluar (print out) atau
salinnan ke papan clip (copy to clipboard).
Untuk
pertanyaan tindakan, fungsi ini menjalankan tugas dengan data. Boleh digunakan
untuk mencipta jadual baru, menambah data pada jadual sedia ada, mengemaskini
data – data atau menghapuskan data.
Ulasan
(Maaf kalau salah, dah lama tinggal MS Access ni XD)