MACRO??

Makro ialah singkatan bagi “macroinstruction” dari bahasa Greek lama dalam bidang Sains komputer. Makro adalah satu pola / corak  yang menentukan bagaimana ururtan input tertentu (selalunya makro menggunakan urutan karakter)

MACRO DALAM PANGKALAN DATA.

Imej butang Makro dalam perisian Access atau dalam pangkalan data boleh dianggap sebagai sebuah bahasa pengaturcaraan yang mudah anda gunakan untuk menambah fungsi ke dalam pangkalan data. Sebagai contoh, anda boleh melampirkan makro ke butang arahan pada satu borang supaya makro menjalankan tugas apabila butang diklik. Makro menjalankan tindakan atau seperti membuka laporan, menjalankan queries (pertanyaan) atau menutup pangkalan data. Kebanyakkan operasi pangkalan data yang dicipta secara manual boleh diubah kepada operasi automatik dengan menggunakan fungsi makro. Ini bukan sahaja boleh menyenangkan pengguna dalam mengakses data malah menjimatkan masa peranti.

Makro berfungsi dengan cara menambahkan butang arahan ke dalam borang yang anda cipta. Anda perlulah mengaitkan perkara pada butang onclick untuk makro dan makro yang mengandungi arahan berguna atau akan melaksanakan tugas setiap kali ia diklik. Apabila anda membina makro, anda perlu memilih setiap tindakan atau arahan dari senarai dropdown, kemudian isikan maklumat yang diperlukan untuk setiap tindakan. Makro membolehkan anda untuk menambah fungsi khasnya untuk borang, laporan dan kawalan tanpa menulis kod dalam bentuk VBA (Visual Basic). Makro juga menyediakan subset arahan yang terdapat dalam VBA dan majoriti pengguna mendapati bahawa lebih mudah membina makro daripada menulis kod VBA.

NAMA MAKRO


Jika objek makro anda mengandungi hanya satu makro, nama untuk makro tidak diperlukan. Anda hanya perlu rujuk kepada makro melalui objek makro. Namun begitu, jika makro anda secara berkumpulan, anda perlu memberikan nama yang unik untuk setiap makro. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config