APA ITU DML (DATA MANIPULATION LANGUAGE)?
DML (Data Manipulation Language) ialah salah satu perintah
SQL yang digunakan untuk proses pengolahan data dalam jadual seperti
memasukkan, mengubah dan menghapus data.
Untuk memudahkan penerangan tentang perintah – perintah DML
ini, Lee akan menyediakan contoh jadual untuk rujukan.
DML mempunyai 4 jenis sintak perintah iaitu;
1. SELECT
Select digunakan untuk mengambil data dan menampilkan data
dari satu jadual atau beberapa jadual.
·
SELECT boleh digunakan untuk menampilkan isi
jadual dengan pilihan tertentu. Untuk menampilkan seluruh isi jadual taip:
SELECT
*FROM nama_jadual;
Contoh penggunaan sintak dan output yang akan kita lihat.
SELECT *FROM PELAJAR;
·
Untuk menampilkan isi jadual dengan column
tertentu. Kita boleh taip sintak seperti dibawah;
SELECT
column1, column2.. FROM nama_jadual;
Contoh penggunaan sintak tersebut dan hasil paparan output;
SELECT Nama_Pelajar,
Kursus FROM PELAJAR;
·
Untuk menampilkan isi suat jadual dengan data
tertentu anda boleh taip sintak seperti dibawah;
SELECT
*FROM nama_jadual WHERE column=data yang ingin dipaparkan;
Contoh penggunaan sintak tersebut serta output yang kita
dapat.
SELECT *FROM PELAJAR
WHERE Kursus=’IPD’;
·
Untuk menampilkan isi suatu jadual dengan data tertentu.
Boleh taip;
SELECT
column 1 FROM nama_jadual WHERE column 2=data yang ingin dipaparkan;
Contoh penggunaan sintak dan outputnya;
SELECT Nama_Pelajar
FROM PELAJAR WHERE Yuran=’RM750’;
2. INSERT
INSERT digunakan untuk menambah record atau baris baharu
dalam jadual. Contoh Sintak untuk arahan INSERT ialah;
INSERT INTO
nama_jadual (nama column) VALUES (isi_column);
Atau
INSERT INTO
nama_jadual SET Nama_column=’isi_column’;
Contoh penggunaan sintak untuk menambah baris atau record ke
dalam jadual serta outputnya.
INSERT INTO
PELAJAR(No.Kad_Matrik,Nama_Pelajar,Kursus,Yuran) VALUES (‘C012’,‘Arina’,’HSK’,’RM750’);
3. UPDATE
UPDATE adalah sebuah arahan yang digunakan untuk
memodifikasi record atau baris yang sudah ada dalam sebuah jadual pada
pangkalan data sesuai dengan perkara yang diinginkan. Sintak untuk fungsian
UPDATE ini boleh ditulis seperti berikut;
UPDATE nama_jadual
SET column1=’isi_column’ WHERE column2=’perkara yg ingin di update’;
Contoh penggunaan sintak;
UPDATE PELAJAR SET Nama_Pelajar=’Nama’
WHERE Kursus=’IPD’;
Ini akan mengubah column Nama_Pelajar pada jadual kepada
‘Nama’ dan untuk column Kursus yang berisi ‘IPD’.
4. DELETE
Perintah DELETE digunakan untuk menghapuskan record atau
baris tertentu dalam suatu jadual. Sintak untuk DELETE ditulis seperti berikut;
DELETE FROM
nama_jadual WHERE nama_column=’isi_column’
Contoh penggunaan sintak;
DELETE FROM PELAJAR
WHERE Nama_Pelajar=’Arina’;
Ini akan menghapuskan baris pada jadual PELAJAR untuk column
Nama_Pelajar yang berisi ‘Arina’.
Ulasan