REPORT DALAM PANGKALAN DATA...
Imej butang laporan adalah apa yang anda gunakan untuk
format, merumuskan dan melampirkan data. Laporan biasanya menjawab soalan
khusus seperti “ Siapakah pelanggan yang menempah produk adalah bulan ini? ”
atau “Berapakah kuantiti produk yang ditempah oleh pembeli?” setiap laporan
boleh diformat untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih mudah untuk
dibaca.
Fungsi laporan sangatlah mudah untuk dijalankan dan diakses
pada bila – bila masa. Laporan akan sentiasa memaparkan data semasa dalam
pangkalan data anda. Laporan dicipta secara amnya untuk mencetak (print)
lampiran, tapi ia juga boleh dilihat di skrin, dieksport ke aturcara yang lain
atau yang berbeza atau dihantar sebagai lampiran dalam Email.
Laporan juga menawarkan anda kebolehan dalam melampirkan
data atau maklumat dalam bentuk cetakan (print). Laporan sangat berguna kerana
ia membolehkan anda untuk membentangkan komponen pangkalan data dalam format
yang mudah difahami dan teratur. Anda juga boleh menyesuaikan (customize)
penampilan laporan dalam bentuk yang lebih menarik. Akses juga menawarkan anda
keupayaan untuk membuat laporan dari mana-mana jadual (table) atau queries
(pertanyaan).
Ulasan