ANOMALI DALAM PANGKALAN DATA

ANOMALI??

Anomali berlaku kerana rekabentuk dalam pangkalan data yang tidak lengkap, tidak sesuai atau tidak sempurna. Anomali sering dikenali sebagai anomali ubahsuai data. Anomali akan menyebabkan pertindihan dan pengulangan data yang menyebabkan pembaziran ruang storan dan kekurangan integrity dalam Pangkalan Data.

Terdapat 3 jenis anomali iaitu anomali kemas kini, anomali hapus data, anomali tambah data.

JENIS – JENIS ANOMALI

    1.       ANOMALI PENAMBAHAN [INSERT]

Anomali yang berlaku apabila hendak menambah nilai ke dalam hubungan




Kod_BijiBenih A003 telah ditambah ke dalam senarai biji benih tetapi data tidak dapat dipaparkan kerana tiada pelanggan yang memesan biji benih PETOLA. Data untuk biji benih tidak akan muncul selagi tiada pembeli yang memesan biji benih tersebut.
  

   2.       ANOMALI PENGHAPUSAN [DELETE]

Anomali yang berlaku apabila hendak menghapuskan satu nilai data dalam hubungan.



Sekiranya Raudah hanya ingin membatalkan salah satu pesanannya, rekodnya perlu dibuang. Tetapi perkara yang turut terbuang ialah maklumat yang tidak sepatutnya dibuang. Rekod yang akan terbuang sekali ialah maklumat BIS002 Biskut Suji akan turut terhapus. Dua perkara turut terhapus iaitu Maklumat Pelanggan dan Maklumat Biskut.

    3.       ANOMALI PENGUBAHSUAIAN [UPDATE]

Anomali yang berlaku apabila hendak mengubah satu – satunya nilai data dalam hubungan. Pengubahsuaian data yang sama berulang kali dan data yang sama terjejas.



Sekiranya nama khusus “KPD” hendak diubah kepada “IPD” memerlukan pengimbasan keseluruhan jadual. Kemudian perubahan perlu dibuat bagi setiap baris yang mempunyai nilai nama kursus “KPD” kepada “IPD”


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config