SEJARAH PANGKALAN DATA
Generasi Pertama
- Idea
dicetuskan pada tahun 1960-an semasa projek pendaratan kapal angkasa
Apollo di bulan.
- Produk
berasaskan struktur hieraki yang dikenali sebagai IMS (Information
Management System) oleh IBM.
- Pada
pertengahan 1960-an, General Electric memperkenalkan IDS (Integrated Data Store) yang merintis
jalan sehingga terhasilnya pengkalan data berstruktur rangkaian.
- Sistem
berasaskan rangkaian dapat mengatasi masalah perwakilan perhubungan
pangkalan data yang lebih rumit yang tidak dapat dimodelkan menggunakan
struktur hieraki. Ekoran itu, satu piawaian pangkalan data telah dibentuk
melalui satu badan yang dikenali sebagai CODASYL.
- CODASYL seterusnya
menubuhkan satu jawatankuasa petugas yang dikenali sebagaiDBTG (Data Base Task Group).
- DBTG
telah mengumumkan piawaian pengkalan data pada tahun 1971 yang mengusulkan
penggunaan Bahasa Takrifan Data (Data Definition Language / DDL) dan Bahasa Pengolahan Data (Data
Manipulation Language / DML).
- DDL digunakan
untuk menaktif struktur pangkalan data manakala DML digunakan
untuk mengolah data dalam pangkalan data.
- Masalah
pangkalan data generasi pertama ini ialah sokongan perkakasan dan perisian
yang lemah. Ianya perlu dibangunkan menggunakan bahasa COBOL dan PL/1.
- Aturcara
yang panjang perlu ditulis untuk menjawab pertanyaan ekoran tiada bahasa
pertanyaan berstruktur pada ketika itu.
Generasi Kedua
- Berkembang
pesat pada era 80-an dengan penghasilan Bahasa Pertanyaan Berstruktur
(Structured Query Language / SQL) sebagai bahasa pertanyaan piawai.
- Kemunculan
pengkalan data komersil seperti DB2, ADABAS, INGRES, Informix,ORACLE, dan Sybase.
- Kebanyakan DB ini
digunakan di kerangka utama dalam komputer mini.
- DB hubungan
menghadapi masalah pemprosesan yang lambat kerana memerlukan sumber
komputer yang lebih besar.
- Struktur
model hubungan yang berasaskan lajur dan baris tidak dapat dimanfaatkan
disebabkan keterbatasan kuasa komputer.
- Keadaan
ini dapat diatasi apabila bila komputer berkuasa tinggi diperkenalkan.
- Perkembangan
memberangsangkan apabila DB berasakan komputer mikro
diperkenalkan. Bermula dengan dBase II dikeluarkan oleh syarikat
Ashton-Tate dan dipaparkan sebagai DBMS hubungan pada 1979.
- E.F
Codd mengatakan bahawa dBase II bukanlah DBMS hubungan,
tetapi produk yang lebih baru seperti dBase IV, Foxpro, Paradox dan lain-lain adalah DBMS hubungan.
- Kemasyuran DBMS komputer
Mikro menyebabkan beberapa produk yang dikhususkan untuk kerangka utama
seperti ORACLE dan INGRES dikeluarkan
dalam versi komputer Mikro.
- Dengan
adanya sistem kendalian berasaskan tetingkap atau GUI, DBMS kini menjadi lebih mesra
pengguna seterusnya dapat memenuhi keperluan pengguna yang rata-ratanya
bukan terdiri daripada pakar dalam pengkalan data. Contoh DBMS seperti
ini ialahVisual Foxpro, PowerBuilder dan Microsoft Access.
Generasi Terkini
- Perkembangan
teknologi komputer dan telekomunikasi telah menyumbang kepada rangkaian
setempat dan pemprosesan teragih secara meluas.
- Pangkalan
data multimedia dan internet juga telah menjadi sesuatu yang penting dan
berguna dalam pembangunan aplikasi dalam talian (online).
- Permodelan
data hubungan telah didokong oleh Model Perhubungan Entiti (Model E-R) yang diperkenalkan oleh Chen pada
1976.
- Satu
lagi perkembangan sistem pangkalan data ialah sistem Pangkalan data
berasaskan objek (ODMS) yang digunakan untuk menyimpan dan
menyelenggara struktur data daripada Pengaturcaraan Berorientasikan Objek.
- Teknologi
terkini pangkalan data juga ialah pangkalan data cerdas dan sistem
pangkalan data multimedia dan pangkalan pengetahuan.
- Pada
lewat tahun 80-an Pengaturcaraan berorientasikan objek telah mula
digunakan.
Ulasan