EDGAR F. CODD : PERINTIS KEMAJUAN TEKNOLOGI PANGKALAN DATA

 

PENGENALAN

Edgar Frank “Ted” Codd atau lebih dikenali sebagai Edgar F. Codd merupakan anak bongsu daripada tujuh adik beradik yang dilahirkan pada 19 Ogos 1923 di England. Bapanya adalah seorang pengeluar barangan kulit dan ibunya pula adalah seorang guru. Beliau merupakan seorang ahli matematik dan sains komputer yang sumbangannya lebih dikenali dengan mencipta model hubungan untuk pengurusan pangkalan data yang menjadi teori asas kepada pangkalan data hubungan (relational database).

KEHIDUPAN AWAL

Pada tahun 1930an, beliau memasuki Poole Grammar School di Dorset dan telah dianugerahi biasiswa penuh untuk memasuki Universiti Oxford. Namun pada tahun 1942, beliau telah menawarkan diri
untuk bertugas secara aktif dan telah menjadi leftenan penerbangan di Royal Air Force Coastal Command. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau kembali menghabiskan pengajiannya di Universiti Oxford dan memperolehi ijazah pada tahun 1948. Selepas itu beliau berhijrah ke Amerika Syarikat dan pernah bekerja sebagai kerani penjualan serta pensyarah matematik selama enam bulan di Universiti Tennessee.

KERJAYA DALAM BIDANG KOMPUTER

Karier Edgar F. Codd dalam bidang pengkomputeran bermula pada tahun 1949 iaitu semasa beliau menyertai IBM di New York sebagai seorang pengaturcara matematik yang membangunkan program-program untuk Selective Sequence Electronic Calculator. Pada tahun 1961 pula, menerusi biasiswa yang ditaja oleh IBM, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Michigan dan menerima Doktor Falsafah dalam bidang sains komputer pada tahun 1965. Kemudian beliau kembali bekerja dengan IBM di Poughkeepsie namun menukar minatnya pada bidang pangkalan data dan dipindahkan ke Makmal Penyelidikan IBM di San Jose, California. Beberapa produk pangkalan data telah wujud pada ketika itu namun dari pandangan Edgar F. Codd, produk-produk ini dilihat rumit dan sukar untuk digunakan. Menurutnya, hanya mereka yang mempunyai kemahiran teknikal sahaja yang dapat menggunakan produk ini. Oleh itu, Edgar F. Codd telah mengenalpasti keperluan-keperluan dan mengaplikasikan pengetahuannya dalam logik matematik dan akhirnya dapat menghasilkan satu konsep dalam pangkalan data iaitu model hubungan data.

HAYAT

Beliau mengahwini Elizabeth namun becerai pada tahun 1978 sebelum berkahwin dengan Sharon Weinberg iaitu seorang ahli matematik. Edgar F. Codd meninggal dunia pada 18 April 2003 di rumahnya di Pulau Williams, Florida akibat daripada kegagalan jantung. Beliau dipercayai meninggalkan isterinya, seorang anak perempuan, tiga anak lelaki dan enam orang cucu. Beliau berumur 79 tahun pada ketika itu.


KEJAYAAN DAN PENGIKTIRAFAN

Model pangkalan data hubungan ciptaan Edgar F. Codd telah diiktiraf secara meluas sebagai satu pencapaian teknikal yang besar pada abad ke-20. Model hubungan ini telah menjadi satu revolusi kepada pangkalan data di mana hampir kesemua pangkalan data yang digunakan ketika ini mahupun yang masih dalam pembangunan adalah bedasarkan kepada idea-idea beliau. Urusan harian seperti penggunaan mesin ATM, pembelian tiket penerbangan, penggunaan kad kredit dan urusan lelongan atas talian adalah kesan daripada keberkesanan ciptaan Edgar F. Codd yang mula diterbitkan pada tahun 1970. Antara pengiktirafan yang diterima beliau adalah seperti dilantik sebagai Felo IBM pada tahun 1976. Beliau juga telah menerima A. M. Turing Award pada tahun 1981 iaitu satu penghormatan tertinggi dalam bidang sains komputer di mana beliau diiktiraf atas sumbangan asas dan berterusan kepada teori dan amalan sistem pengurusan pangkalan data.
  

12 PERATURAN CODD DALAM PANGKALAN DATA


1.       The Foundation Rule - Suatu Sistem Pengurusan Pangkalan Data Hubungan perlu menguruskan data yang disimpan dengan hanya menggunakan keupayaan hubungan itu.

2.       The Information Rule - Semua maklumat di dalam pangkalan data hubungan (termasuk jadual dan nama column), diwakili dengan hanya satu cara sahaja iaitu sebagai nilai di dalam jadual.

3.       The Guaranteed Access Rule - Semua data mesti boleh diakses. Setiap datum (nilai atom) adalah dijamin boleh diakses secara logik dengan menggabungkan nama jadual, nilai primary key dan nama column.

4.       Systemic treatment of null values - Nilai null adalah disokong sepenuhnya dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data Hubungan untuk mewakili maklumat yang hilang dengan cara yang sistematik, bebas dari jenis data.

5.       Active Online Catalog Based on the Relational Model – Sistem mesti menyokong katalog atas talian yang boleh diakses oleh pengguna yang dibenarkan melalui bahasa pertanyaan kebiasaan mereka. Pengguna berupaya untuk mengakses struktur pangkalan data (katalog) dengan menggunakan bahasa pertanyaan yang sama digunakan untuk mengakses data pangkalan data.

6.       The Comprehensive Data Sublanguage Rule – Sistem mesti menyokong sekurang – kurangnya satu bahasa hubungan yang:
                                             i.            Mempunyai linear syntax
                                           ii.            Boleh digunakan secara interaktif dan dalam program aplikasi.
                                          iii.            Menyokong operasi definisi data, operasi manipulasi data, keselamatan dan kekangan integriti dan operasi pengurusan transaksi.

7.       The View Updating Rule - Segala paparan yang secara teorinya boleh dikemaskini mestilah dikemaskini oleh sistem.

8.       High-level Insert, Update and Delete - Sistem ini mesti menyokong operasi (set-at-a-time) memasukkan, mengemaskini, dan memadam pengendali. Ini bermakna bahawa data boleh diambil dari pangkalan data hubungan dalam set yang dibina daripada data dari pelbagai rows dan atau pelbagai jadual.

9.       Physical Data Independence - Perubahan pada tahap fizikal seperti bagaimana data disimpan tidak memerlukan perubahan kepada permohonan berasaskan struktur.

10.   Logical Data Independence - Perubahan kepada tahap logik seperti jadual, column dan row tidak memerlukan perubahan kepada permohonan berasaskan struktur.

11.   Integrity Independence - Kekangan integriti mestilah dinyatakan secara berasingan daripada program aplikasi dan disimpan dalam katalog. Ia haruslah boleh menukar kekangan tanpa perlu menjejaskan aplikasi sedia ada.

12.   Distribution independence - Pengagihan bahagian pangkalan data ke pelbagai lokasi harus tidak kelihatan kepada pengguna pangkalan data. Aplikasi perlu terus beroperasi dengan biasa.

13.   The Nonsubversion Rule - Sekiranya sistem menyediakan antara muka tahap rendah, antara muka tersebut tidak boleh digunakan untuk melumpuhkan sistem.

KERTAS KERJA

Edgar F. Codd telah menulis lebih kurang 60 artikel berkaitan teknikal dan dua buah buku selain beberapa sumbangannya dalam bidang lain antaranya multiprogramming dan pemprosesan bahasa semula jadi. Berikut adalah antara senarai tajuk kertas kerja yang menjadi rujukan dan terkenal melalui sumbangannya dalam bidang pangkalan data hubungan:
  •   Derivability, Redudancy and Consistency of Relation Stored in Large Data Bank (1969) 
  •  A Relational Model of Data for Large Shared Data Bank (1970) 
  • A Data Base Sublanguage Founded on the Realtional Calculus (1971) 
  • Futher Normalization of the Data Base Relational Model (1972) 
  •  Relational Completeness of Data Base Sublanguages (1972)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config