PRIMARY KEY DAN FOREIGN KEY DALAM PANGKALAN DATA
Di dalam pangkalan data, terdapat kunci primer dan kunci asing yang mana nilainya adalah unik dan mesti diisi( tidak boleh tinggalkan kosong ). Setiap jadual mesti mempunyai minimum satu kunci primer.
Kunci Primer [Primary Key]
Artribut(atau kombinasi atribut-atribut) yang boleh mengenalpasti tuple
secara unik di dalam satu hubungan.
- Kunci primer
adalah medan yang unik mewakili setiap rekod dalam baris sesebuah jadual.
- Kekunci ini
tidak boleh memiliki nilai null (nilai kosong)
- Dalam setiap
jadual di pangkalan data mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci
primer. Pemilihan kunci primer adalah bergantung kepada kesesuaian dan
keunikan nilainya dengan medan-medan lain.
- Kunci primer
juga boleh diberikan secara automatik oleh perisian DBMS.
- Kunci primer
juga boleh dicipta sendiri oleh pengguna DBMS. Antara data yang kerap
dijadikan kunci primer oleh pengguna ialah nombor kad pengenalan kerana ia
adalah unik ( Nombor kad pengenalan merupakan nombor identiti yang unik
dan tiada yang sama) ataupun nombor surat beranak, nombor pastport,
ataupun nombor ID pelajar.
Kepentingan Kunci Primer
- Memastikan
setiap rekod lama yang tersimpan tidak bertindih dengan rekod baru.
- Memberikan
identiti yang unik bagi setiap rekod yang tersimpan di dalam pangkalan
data.
- Menjadikan
data yang tersimpan adalah utuh kerana setiap rekodnya mempunyai satu
nilai yang unik sebagai pengenalan diri.
- Mengelakkan
daripada rekod yang sama berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data.
Ini seterusnya dapat menjimatkan ruangan storan komputer.
- Memudahkan
proses carian dan capaian ke atas rekod-rekod yang hendak dicari dan ini
boleh dicapai dengan membuat carian dengan menggunakan kata kunci ke atas
kunci primer.
Kunci Asing [Foreign Key]
Atribut bagi sesuatu hubungan yang sepadan dengan atribut dari hubungan
lain yang dirujuk sebagai kekunci primer di dalam pangkalan data yang sama.
- Kunci asing
adalah salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci primer,
yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain. Kunci asing boleh
digunakan untuk jadual rujukan silang.
- Setiap nilai
kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan
yang rujuknya. Nilai bagi kunci asing dalam jadual boleh berulang-ulang.
- Berbeza
dengan Kunci Primer, Kunci Asing boleh menerima nilai null (nilai kosong).
- Kunci Asing
tidak menghasilkan indeks secara automatik untuk pengguna. Indeks boleh
dihasilkan secara manual oleh pengguna di dalam perisian DBMS.
- Menyediakan
kaedah untuk menghubungkan maklumat dalam beberapa jadual.
- Membenarkan
pengulangan rekod.
- Boleh mempunyai beberapa kunci asing yang boleh dirujuk dalam jadual yang berbeza.
Perbezaan Kekunci Primer dengan Kekunci Asing
Kunci primer biasanya terletak pada medan pertama sebelah kiri dalam jadual | Kunci asing biasanya terletak pada medan kedua selepas kunci primer dalam jadual | |
Kunci ini dicipta dengan memilih medan yang mempunyai nilai yang unik | Ia terletak dengan memasukkan medan kunci primer dari satu jadual ke jadual yang lain | |
Hanya terdapat satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual | Mungkin terdapat lebih daripada satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual | |
Data pada medan kunci primer tidak mungkin berulang | Data di dalam medan kunci asing boleh berulang-ulang | |
Nilai pada kunci ini adalah nilai yang unik dan ia mesti diisi bagi sesebuah jadual | Nilai kunci ini tidak unik kerana nilainya merujuk kepada kunci primer pada jadual lain | |
Ia tidak membenarkan nilai kosong pada medan ini dan tidak membenarkan pengulangan nilai yang sama | Kunci ini membenarkan nilai kosong dan pengulangan nilai yang sama | |
Kunci ini digunakan untuk menentukkan rekod di dalam sesebuah jadual kerana nilainya yang unik | Kunci ini untuk menghubungkan antara dua jadual bersama |
Ulasan