CIRI - CIRI JENIS HUBUNGAN RELATIONSHIP

Ciri-Ciri Hubungan Satu Ke Satu


Ciri-ciri hubungan satu ke satu ialah jika jadual pangkalan data mengandungi beberapa lajur, entity akan perpecah kepada 2 entity dalam jenis jadual hubungan satu ke satu. Sebagai contoh, entity pelajar berhubung dengan entity kursus tetapi dalam entity pelajar dan kursus mempunyai banyak atribut.



 Ciri-Ciri Hubungan Satu Ke Banyak


Ciri-Ciri hubungan satu ke banyak ialah apabila satu entity contohnya dalam jadual pelajar berhubungan dengan atribut dalam jadual kursus. Jadual pelajar boleh mempunyai rekod yang hamper sama banyak dalam jadual kursus. Sebagai contoh, semua maklumat pelajar disimpan dalam jadual pelajar manakala semua kursus pelajar disimpan dalam jadual kursus. Setiap pelajar boleh mempunyai banyak kursus tetapi setiap kursus hanya boleh dihasilkan untuk satu pelajar.



Ciri-Ciri Hubungan Banyak Ke Banyak


Dalam hubungan banyak ke banyak, satu atau lebih baris dalam jadual boleh dikaitkan dengan 1 atau banyak baris dalam jadual yang lain. Sebagai contoh, semua pelajar yang mempunyai kursus dalam jadual pelajar manakala semua jenis kursus terdapat dalam jadual kursus. Setiap pelajar boleh mempunyai banyak kursus dan setiap kursus boleh diberikan kepada banyak pelajar.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config