PRIMARY KEY DAN FOREIGN KEY DALAM PANGKALAN DATA


Di dalam pangkalan data, terdapat kunci primer dan kunci asing yang mana nilainya adalah unik dan mesti diisi( tidak boleh tinggalkan kosong ). Setiap jadual mesti mempunyai minimum satu kunci primer.

Kunci Primer [Primary Key]

Artribut(atau kombinasi atribut-atribut) yang boleh mengenalpasti tuple secara unik di dalam satu hubungan.
  • Kunci primer adalah medan yang unik mewakili setiap rekod dalam baris sesebuah jadual.
  • Kekunci ini tidak boleh memiliki nilai null (nilai kosong)
  • Dalam setiap jadual di pangkalan data mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci primer. Pemilihan kunci primer adalah bergantung kepada kesesuaian dan keunikan nilainya dengan medan-medan lain.
  • Kunci primer juga boleh diberikan secara automatik oleh perisian DBMS.
  • Kunci primer juga boleh dicipta sendiri oleh pengguna DBMS. Antara data yang kerap dijadikan kunci primer oleh pengguna ialah nombor kad pengenalan kerana ia adalah unik ( Nombor kad pengenalan merupakan nombor identiti yang unik dan tiada yang sama) ataupun nombor surat beranak, nombor pastport, ataupun nombor ID pelajar.

Kepentingan Kunci Primer

  • Memastikan setiap rekod lama yang tersimpan tidak bertindih dengan rekod baru.
  • Memberikan identiti yang unik bagi setiap rekod yang tersimpan di dalam pangkalan data.
  • Menjadikan data yang tersimpan adalah utuh kerana setiap rekodnya mempunyai satu nilai yang unik sebagai pengenalan diri.
  • Mengelakkan daripada rekod yang sama berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data. Ini seterusnya dapat menjimatkan ruangan storan komputer.
  • Memudahkan proses carian dan capaian ke atas rekod-rekod yang hendak dicari dan ini boleh dicapai dengan membuat carian dengan menggunakan kata kunci ke atas kunci primer.

Kunci Asing [Foreign Key]

Atribut bagi sesuatu hubungan yang sepadan dengan atribut dari hubungan lain yang dirujuk sebagai kekunci primer di dalam pangkalan data yang sama.
  • Kunci asing adalah salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci primer, yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain. Kunci asing boleh digunakan untuk jadual rujukan silang.
  • Setiap nilai kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan yang rujuknya. Nilai bagi kunci asing dalam jadual boleh berulang-ulang.
  • Berbeza dengan Kunci Primer, Kunci Asing boleh menerima nilai null (nilai kosong).
  • Kunci Asing tidak menghasilkan indeks secara automatik untuk pengguna. Indeks boleh dihasilkan secara manual oleh pengguna di dalam perisian DBMS.
  • Menyediakan kaedah untuk menghubungkan maklumat dalam beberapa jadual.
  • Membenarkan pengulangan rekod.
  • Boleh mempunyai beberapa kunci asing yang boleh dirujuk dalam jadual yang berbeza.


BEZA KEKUNCI PRIMER DAN KEKUNCI ASING

Perbezaan Kekunci Primer dengan Kekunci Asing

KEKUNCI PRIMER
CIRI-CIRI KEKUNCI
KEKUNCI ASING
Kunci primer biasanya terletak pada medan pertama sebelah kiri dalam jadual
LOKASI
Kunci asing biasanya terletak pada medan kedua selepas kunci primer dalam jadual
Kunci ini dicipta dengan memilih medan yang mempunyai nilai yang unik
CIPTA
Ia terletak dengan memasukkan medan kunci primer dari satu jadual ke jadual yang lain
Hanya terdapat satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual
BILANGAN KUNCI
Mungkin terdapat lebih daripada satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual
Data pada medan kunci primer tidak mungkin berulang
PENGULANGAN DATA
Data di dalam medan kunci asing boleh berulang-ulang
Nilai pada kunci ini adalah nilai yang unik dan ia mesti diisi bagi sesebuah jadual
NILAI KUNCI
Nilai kunci ini tidak unik kerana nilainya merujuk kepada kunci primer pada jadual lain
Ia tidak membenarkan nilai kosong pada medan ini dan tidak membenarkan pengulangan nilai yang sama
NILAI NULL (KOSONG)
Kunci ini membenarkan nilai kosong dan pengulangan nilai yang sama
Kunci ini digunakan untuk menentukkan rekod di dalam sesebuah jadual kerana nilainya yang unik
FUNGSI KEKUNCI
Kunci ini untuk menghubungkan antara dua jadual bersama

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Baik.Maklumat yang amat efisien dan mudah untuk difahami.Thank you Nurah Lee.

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config