WEB DEVELOPMENT ENVIRONMENT
Sebagai Pembangun Aplikasi Web (Web Developer), kita perlulah memilih sendiri persekitaran pembangunan yang kita inginkan semasa kita membangunkan aplikasi. Oleh itu, kita perlulah menyediakan keperluan yang lengkap untuk memastikan pembangunan tidak menghadapi masalah.
1. SISTEM PENGOPERASIAN
Salah satu cara untuk mengubahsuai persekitaran pembangunan ialah kita perlulah memilih Operating System (OS) yang kita ingin gunakan seperti Windows (Windows 10), Mac OS(macOS Sierra(10.12), OS W E1 Capitan(10.11)), Linux (Debian, Mint, Arch, Kali) dan banyak lagi OS.
2. WEB EDITOR
Selepas kita menetapkan OS yang kita inginkan, kita perlulah memilih web editor yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis web editor contohnya, Simple Dekstop application Editors, WYSIWYG Editors, Browser – Based Extension dan Cloud Based Editors. Web Editor yang kita selalu gunakan ialah Notepad++, Sublime Text, NetBean, Textwraggler.
3. BROWSER
Pemilihan Pelayar Web juga penting supaya kita selaraskan fungsi untuk semua pelayar. Antara pelayar yang sering digunakan ialah Google Chrome, Apple Safari dan Mozilla Firefox. Kita juga perlu memilih perisian pangkalan data seperti MySQL, ORACLE, Microsoft SQL Server.
4. VIRTUAL SERVER
Selain itu, sangat penting bagi kita untuk memasang virtual server pada computer kita. Virtual Server yang biasa kita gunakan ialah XAMPP (X Apache MySQL PHP Perl). Bagi Windows (WAMP), Mac OS (MAMP), Linux (LAMP). Untuk memaparkan laman web kita di dunia internet, kita perlukan Domain Name dan Web Hosting seperti JustHost dan GODaddy. Kita perlukan sokongan Web Hosting untuk mengawal laman web kita.
5. PROGRAMMING LANGUAGE
Sebelum membangunkan web, kita juga perlu memilih bahasa pengaturcaraan yang kita ingin gunakan. Bahasa untuk front-end, kita akan gunakan HTML, CSS dan JSCRIPT. Untuk Back – end PHP, ASP, JSP dan JAVA. Setelah kita memilih bahasa pengaturcaraan, baru kita boleh memilih framework yang bersesuaian.
Ulasan