Mengaplikasikan langkah- langkah keselamatan melindungi komputer

Keselamatan komputer 

Keselamatan merujuk kepada polisi - polisi dan ukuran teknikal yang digunakan untuk menghalang pemilikan yang tidak diberi kuasa atau perubahan, kecurian dan kerosakan fizikal kepada sistem maklumat. Keselamatan boleh dipromosikan dengan  beberapa teknik dan alat yang melindungi perkakasan komputer, perisian, rangkaian komunikasi dan data.

Tujuan Keselamatan komputer

1. Agar apa yang kita lakukan atau simpan selamat dan tidak hilang
2. Agar komputer mahupun sistem dan perisian kita tidak rosak

Keselamatan perkakasan 

1. Jangan menutup ruangan udara pada monitor.
2. Papan kekunci perlu sentiasa dibersihkan menggunkan berus yang halus.
3. CPU perlulah diselenggara sekurang- kurangnya sebulan sekali.
4. Pastikan Shut Down komputer sebelum matikan suis.
5. Sentiasa selenggara PC supaya habuk tidak tersumbat terutamanya pada Power Suply.

Keselamatan Perisian dan Maklumat 

1. Berhati hati semasa melayari laman sesawang agar tidak klik pada laman web yang mengandungi virus dan banyak cookies.
2. Imbas maklumat maklumat yang dimuat turun dari laman sesawang agar data tidak mengandungi virus, trojan dan worm.
3. Pastikan imbas pendrive sebelum membuka file pengguna.

Keselamatan kepada Pengguna dan  Persekitaran

1. Jangan menyalin semula bahan bahan orang lain.
2. Jangan menghantar perisian yang boleh mengkucar- kacirkan program komputer pengguna lain.
3. Jangan mencetak rompak hasil kerja pengguna lain.
4. Pengguna perlulah mengunci data mereka agar tidak disalahgunakan oleh orang lain.
5. Pengguna perlu bijak mengawal data, aturcara dan sumber lain yang disimpan dan terdapat pada rangkaian komputer.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?