MODEL HUBUNGAN ENTITI

Pengenalan

Model hubungan entiti (model ER) digunakan secara meluas dalam rekabentuk konseptual pangkalan data. Model ini diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Peter Chen, telah menjadi asas kepada model pangkalan data dan dikembangkan penggunaanya oleh Peter Chen dan pakar lain. Model ER digunakan untuk mentafsir, memperinci keperluan dokumen untuk sistem pemprosesan data. Model ini dapat menunjukkan struktur data keperluan pengguana secara menyeluruh.

Definisi

Model ER adalah terdiri daripada satu set objek asa yang dikenali sebagai entiti dan perhubungan di antara objek-objek tersebut. Terdapat tiga komponen asas dalam model ER iaitu entiti, atribut dan perhubungan.

Kegunaan Model ER


  • Menolong melaksanakan pangkalan data.
  • Menyelesaikan perwakilan data organisasi yang kompleks
  • Perwakilan data yang menggambarkan perjalanan keseluruhan struktur Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)
  • Menyokong dan menterjemah pandangan-pandangan yang berbeza di antar pengurus, pengguna dan pengaturcara terhadap data dan memuatkan di dalam stu rangka yang sama.
  • Melihat dan memahami masalah permodelan secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum mengkajinya secara terperinci.
  • Mengenalpasti proses-proses dan kekangan yang dihadapi.
  • Menghasilkan model yang konsisten dan tidak bertindih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config