JENIS - JENIS PERHUBUNGAN

  1.  Perhubungan rekrusif atau unari melibatkan satu entiti sahaja.
  2. Perhubungan binari adalah perhubungan di antara dua entiti.
  3. Perhubungan ternari adalah perhubungan yang berlaku serentak di antara tiga entiti.

Perhubungan Unari 



 Staf mengurus Staf, pengurus mengurus ramai pekerja

  1. Perhubungan jenis ini adakalanya dikenali sebagai perhubungan rekrusif, manakala entiti tersebut dikenali sebagai entiti rekrusif.
  2. Contoh di atas menunjukkan, satu pengurus mengurus ramai pekerja yang mana pengurus dan pekerja merupakan dari jenis entiti yang sama iaitu STAF.


Perhubungan Binari



  1. Perhubungan jenis ini merupakan perhubungan di antara dua jenis entiti. Perhubungan yang paling biasa terjadi.
  2. Contoh di atas menunjukkan perhubungan M:N, satu pelajar boleh meminjam banyak buku dan satu buku boleh dipinjam oleh lebih daripada satu orang pelajar.

Perhubungan Ternari



Perhubungan jenis ini merupakan perhubungan yang melibatkan tiga jenis entiti secara serentak.
Contoh di bawah menunjukkan;
  1. Seorang pelajar boleh mendaftar banyak kursus dan satu kursus boleh diambil oleh lebih daripada satu orang pelajar.
  2. Seorang pelajar boleh mendaftar dengan seorang pensyarah dan seorang pensyarah boleh menerima satu atau lebih pelajar.
  3. Seorang pensyarah boleh mendaftar banyak kursus dan satu kursus boleh diajari oleh ramai pensyarah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config