ATRIBUT

  1. Atribut ialah sifat yang memperihalkan suatu set entiti.
  2. Maklumat/ huraian/ ciri-ciri tentang sesuatu entiti dipanggil atribut.
  3. Bertujuan untuk membezakan objek-objek di dalam entiti.
  4. Atribut diwakili dengan simbol bujur dan dihubungkan dengan entiti melalui garisan.

Gambarajah Atribut


Dalam model ER atribut disimbolkan oleh elips (bujur) dengan nama atribut ditulis di dalamnya dan disambung ke entiti dengan garis pautan.

JENIS - JENIS ATRIBUT
  1. Atribut Mudah
    • Atribut mudah mengandungi satu komponen, wujud secara bebas dan tidak bergantung pada mana-mana atribut.
    • Contoh: Tarikh_Lahir, Jantina, Pengarang


  1. Atribut Nilai Tunggal
    • Hanya menyimpan satu nilai tunggal sahaja.
    • Contoh: No_Kp, No_Staf, No_Akaun

  1.   Atribut Nilai Komposit
    • Atribut yang boleh dipecahkan kepada unit-unit atau komponen-komponen.
    • Contoh: Alamat



      d.   Atribut Nilai Berbilang
    • Mempunyai lebih daripada satu nilai bagi setiap entiti.
    • Simbol yang digunakan berbeza. 
    • Contoh: Nama_Tanggungan



     e.  Atribut terbitan
    • Atribut yang diterbitkan daripada atribut lain daripada entiti yang sama atau entiti yang berlainan. 
    • Contoh: Atribut tarikh lahir boleh memberikan nilai atribut umur.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config