PENGENALAN KEPADA BLOGGER
Blog atau singkatannya web log ialah sebuah laman web yang menyimpan catatan – catatan peribadi secara online. Blog bersifat terbuka kepada sesiapa sahaja. Status web seperti blog ini biasanya dapat diakses oleh semua pengguna Internet dengan kata kunci atau carian yang sesuai dari search engine.
Blogspot
merupakan sebuah laman untuk membuat suatu blog yang merupakan salah satu
produk dari Google. Dengan menggunakan sebuah blogspot. Anda dapat membuat
sebuah blog untuk menuliskan atau berkongsi idea anda. Anda juga boleh menjana
pendapatan dari hasil blog anda.
SEJARAH
Pada 23 Ogos 1999, Blogger
dilancarkan oleh Pyra Labs dan menjadi satu server penerbitan blog pertama di
dunia. Pada Februari 2003, Pyra Labs diambil alih oleh Google. Pengambilalihan
tersebut menambah sejumlah ciri premium ke dalam Blogger yang sebelumnya
dikomersialkan oleh Pyra Labs sebagai server bebas untuk pengguna. Tidak lama
selepas pelancaran Blogger, salah seorang pengasas Pyra Labs Evan Williams,
mengundur diri dari Google.
Pada
2004, Google membeli Picasa lalu menggabungkannya dengan Blogger. Penggabungan
ini memudahkan pengguna Picasa untuk menerbitkan koleksi foto mereka ke laman
blogspot mereka. Pada 9 May 2004, Blogger memperkenalkan beberapa perubahan
pada sistem terbitan blog meliputi penggunaan template CSS (Cascading
Stylesheet), halaman arkib untuk catatan, komen dan catatan melalui email.
Pada
14 Ogos 2006, Blogger meluncurkan versi terbaru dengan nama kod “invanders”.
Versi terbaru ini ditambah dengan beberapa ciri baru dan memindahkan pengguna
server Blogger ke server milik Google.
JUMLAH PENGGUNA
Catatan pada
tahun 2012 dan sebelumnya, jumlah pengguna yang menggunakan Blogger adalah lebih sedikit berbanding
Wordpress. Tetapi pada tahun 2013, jumlah pengguna yang menggunakan Blogger
naik secara mendadak melebihi pengguna Wordpress.
Ulasan