FUNGSI, KELEBIHAN DAN KELEMAHAN BLOGGER

FUNGSI BLOGGER


1. Blog berfungsi sebagai media dalam berkongsi hasil penulisan dalam bentuk cerita, pengalaman dan pengetahuan. Dengan perkongsian ilmu pengetahuan dari para blogger, ilmu tersebut dapat dimanfaatkan oleh semua orang.

2. Blog sebagai tempat untuk mempromosikan produk atau dengan kata lain kedai dalam talian.

3. Untuk memaparkan maklumat  dan pendidikan. Biasanya blog yang dibuat oleh penulis yang berpendidikan tinggi.


KELEBIHAN BLOGSPOT


1. Blogspot milik Google – Blogger.com atau Blogspot adalah blog builder milik Google. Google dikenali oleh semua pengguna laman sesawang dan menjadi agen carian nombor satu. Jadi secara tidak langsung, blogspot mendapat ranking dan carian yang diutamakanl pada carian google.

2. Blogspot merupakan User Friendly – User Friendly yang memudahkan pengguna untuk menggunakan blogspot terutamanya kepada blogger baru dan juga orang yang tidak mahir dalam dunia blogging. Blogspot memudahkan penggunanya untuk memahami dalam mengubah reka bentuk blog mereka.

3. Blogspot SEO Friendly – iaitu mudah untuk dijumpai dalam carian google.

4. Blogspot itu mudah dan praktik – mempunyai fitur custom domain sama seperti wordpress. Untuk membuat akaun blogspot juga sangat mudah kerana hanya memerlukan akun google. Blogspot juga mempunyai panel kawalan di dashboard yang ringkas.

5. Blogspot boleh di ubah gaya dan modifikasi – Blogspot juga mempunyai kemudahan untuk mengubahsuai paparan blog, layout, template dan sebagainya menggunakan kod HTML dan CSS.

6. Blogspot untuk Perniagaan atas talian – Blogspot juga sesuai untuk berniaga di alam maya seperti memasang banner/link, Google Adsense dan iklan pop-up lain.


KELEMAHAN BLOGSPOT


1. Paparan blogspot yang sederhana dan biasa – kekurangannya ialah paparan yang sederhana, tidak elegan, dan layout yang kurang menarik dan template yang ringkas.

2. Menulis catatan di blogspot kurang lengkap kerana di bahagaian dashboard editing-post kurang lengkap berbanding wordpress.

3. Statistik Blogspot yang tidak memuaskan kerana pemilik blog tidak dapat melihat statistic pengunjung, search term, keyword yang dimasukkan dan sebagainya kecuali jika pemilik blog memasang pelacak Google Analytics pada blog.

4. Terikat dengan peraturan Google – pihak google juga boleh dengan tidak semena – menanya menghapuskan blog yang melanggar peraturan.

Ulasan

Nurah Lee berkata…
Semoga bermanfaat
Mya Qarim berkata…
Tq utk infonya πŸ’œ

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?