Pengalaman menyertai Worldskills Malaysia Belia 2018 Web Design

Hi pembaca,

Kali ni Nurah nak berkongsi pengalaman menyertai Worldskills Malaysia Belia 2018 dalam bidang Web Design. Apa yang bestnya masuk pertandingan macam ni? Pertandingan sebegini memang bagus untuk mengasah kemahiran pelajar untuk implement kemahiran yang dipelajari untuk mencapai standard industri. Soalan yang diberikan kepada peserta memang mencabar.


PENYERTAAN

Nurah dapat tahu pertandingan ni dari Cikgu Ikin (Pensyarah KVKS), jadi cikgu bagi sokongan untuk saya join pertandingan ni untuk mewakili kolej. Jadi untuk sertai ni, kita perlu register di website Jabatan Pembangunan Kemahiran


SESI PRA KELAYAKAN

Selepas register nama, dalam sebulan lepas tu, pihak penganjur akan berikan soalan pra kelayakan. Peserta diberikan masa selama beberapa minggu untuk menyelesaikan soalan. waktu Nurah pergi ni.. soalannya membangunkan website resume. Untuk Web Design kali ni mengikut kreativiti masing - masing.

Hari pertandingan tu, lokasi pertandingan bertempat di UTeM, Melaka. Jadi kami gerak dari Selangor dalam pukul 5.30 pagi macam tu. (Credit untuk Cikgu Murni, banyak membantu saya untuk pertandingan ini). Di bawah ni merupakan hasil Web Design untuk pra kelayakan yang Nurah implement masa hari pertandingan.



LATIHAN

Selepas pra kelayakan, Nurah tunggu dalam sebulan untuk dapat result samada lepas untuk ke final ke tidak. Alhamdulillah Nurah berada dalam senarai yang masuk final. Untuk persediaan Worldskills, Nurah banyak belajar dan berlatih sendiri dan beberapa minggu sebelum pertandingan final, pensyarah ada hantar untuk latihan bersama jurulatih luar.


SESI PERTANDINGAN AKHIR

Sesi pertandingan akhir ni bertempat dia CIAST, Shah Alam. Jadi selama seminggu ke Shah Alam tu Cikgu Murni dan Cikgu Nana banyak membantu untuk ke sana. Waktu ni, memang sibuk dah tak masuk kelas langsung. Jadi assignment semua Nurah hold dulu sebab nak fokus competition ni.


Jadi untuk soalan final, ada 4 modul:

Module A - Web Design (Convert PSD to Website)




Module B - Styling CSS & animation

(tak jumpa gambar)

Module C - Create Color Game

(tak jumpa gambar)

Module D - Create Chartsito

(tak jumpa gambar)


ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI

Gambar semasa Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri. Alhamdulillah, rezeki dapat bawa pulang pingat Gangsa. Memang gembira sangat waktu ni.. Waktu ni takdelah dapat bergambar dengan Tun, tapi dapat lah tengok dari jauh.


Sekian sahaja perkongsian Nurah.. Terima kasih kerana membaca :)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config