JENIS - JENIS ARAHAN SQL

1. DATA DEFINITION LANGUAGE (DDL)

Penyataan Data Definition Language atau DDL digunakan untuk menakrifkan dan menguruskan sesuatu jadual.

Berikut adalah fungsi penyataan DDL :
Menakrifkan dan mencipta jadual yang  baharu
Menghapuskan jadual yang tidak diingini lagi
Mengubahsuai takrifan pada jadual yang telah diwujudkan

Walaupun penyataan DDL lebih kepada pengurusan pembinaan jadual, arahan pembinaan pangkalan data dan arahan untuk memilih pangkalan data yang hendak digunakan juga termasuk dalam penyataan ini.


ARAHAN SQL BAGI PENYATAAN DDL

Berikut merupakan kata kunci arahan SQL dalam penyataan DDL :
Kata kunci Arahan SQL
Fungsi
CREATE DATABASE
Membina pangkalan data yang baharu.
USE
Memilih pangkalan data yang hendak digunakan.
CREATE TABLE
Menakrifkan dan membina jadual yang baharu.
ALTER TABLE
Mengubahsuai struktur jadual yang sedia ada.
DROP TABLE
Menghapuskan jadual yang tidak diingini.
DROP DATABASE
Menghapuskan pangkalan data.


2. DATA MANIPULATION LANGUAGE (DML)

DML (Data Manipulation Language) ialah salah satu perintah SQL yang digunakan untuk proses pengolahan data dalam jadual seperti memasukkan, mengubah dan menghapus data.

ARAHAN SQL BAGI PENYATAAN DML

Berikut merupakan kata kunci arahan SQL dalam penyataan DML :

Kata kunci Arahan SQL
Fungsi
SELECT
Mengambil data dan memaparkan data dari satu jadual atau beberapa jadual.
INSERT
Menambah record atau baris baharu dalam jadual.
UPDATE
Mengubahsuai record atau baris di dalam sebuah jadual pada pangkalan data sesuai dengan perkara yang diinginkan.
DELETE
Menghapuskan record atau baris tertentu dalam suatu jadual.

3. DATA CONTROL LANGUAGE (DCL)

DCL (Data Control Language) merupakan salah satu perintah SQL yang digunakan untuk mengawal data di dalam pangkalan data. Kawalan yang dimaksudkan ialah memberikan privilege atau hak akses kepada user yang akan mengakses data pada suatu pangkalan data.


ARAHAN SQL BAGI PENYATAAN DCL

Berikut merupakan kata kunci arahan SQL dalam penyataan DCL :

Kata kunci Arahan SQL
Fungsi
GRANT
Digunakan oleh Administor untuk memberikan hak akses kepada user yang akan mengakses pangkalan data.
REVOKE
Digunakan unutk menghapuskan akses ke pangkalan data dari user sebelumnya yang diberikan akses GRANT.

4. DATA QUERY LANGUAGE (DQL)

Data Query Language (DQL) digunakan untuk memaparkan data pada jadual dalam pangkalan data.
ARAHAN SQL BAGI PENYATAAN DQL

Berikut merupakan kata kunci arahan SQL dalam penyataan DQL :

Kata kunci Arahan SQL
Fungsi
SELECT
Memilih dan memaparkan data yang diinginkan.

5. TRANSACTIONAL CONTROL LANGUAGE (TCL)

TCL ialah singkatan bagi Transaction Control Language atau Transaksi Kawalan Bahasa.

Kawalan Bahasa Transaksi (TCL) adalah bahasa komputer dan subset SQL yang digunakan untuk mengawal pemprosesan transaksi dalam sistem pangkalan data. Transaksi ialah unit logik kerja yang terdiri daripada satu atau lebih kenyataan SQL, biasanya sekumpulan DML.

ARAHAN SQL BAGI PENYATAAN TCL

Berikut merupakan kata kunci arahan SQL dalam penyataan TCL :

Kata kunci Arahan SQL
Fungsi
COMMIT
Menamatkan transaksikan dan memberi tetapan dalam urus niaga / pertanyaan.
Memadam semua savepoint dalam urusniaga.
Melakukan pengedaran urusniaga secara manual.
ROLLBACK
Membatalkan urusan transaksi semasa ke bentuk asal.
SAVEPOINT
Mengenalpasti titik dan menetapkan titik dalam transaksi dan kemudian titik tersebut boleh digunakan semula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config