KOMPONEN CONNECTIVITY

Application Programming Interface (API)
API merupakan sekumpulan perintah, fungsi dan protocol yang dapat digunakan oleh pengaturcara semasa membangunkan sistem untuk sistem operasi tertentu. Penciptaan dan pembangunan API adalah untuk menghubungkan aplikasi dengan aplikasi lain. API bukan digunakan antara aplikasi dan pengguna. API digunakan kerana terdapat limitasi berhubung prestasi dan pengendalian terhadap perkongsian sumber.

STANDARD SQL YANG DIBINA OLEH MICROSOFT (SQL)

1. Open Database Connectivity (ODBC)
ODBC merupakan API bagi standard SQL Access Group Call Level (CLI) untuk mengakses pangkalan data menggunakan antaramuka bahasa pengaturcaraan C melalui penggunaan panggilan dinamik SQL. ODBC ialah arahan untuk memulakan (on) sistem pangkalan data dan menutup (off) pangkalan data.

2. ActiveX Database Object (ADO)
Standard API oleh Microsoft bagi mengakses pangkalan data menggunakan pengaturcaraan Windows menggunakan SQL. ADO merupakan komponen Object Model+ (COM+).

3. Object Linking Embedded for Database (OLE DB)
Standard API peringkat rendah oleh Microsoft bagi mengakses pangkalan data menggunakan SQL. OLE juga merupakan komponen Object Model+ (COM+). OLE ini dikenali dengan nama OLEDB atau OLE-DB. OLE berupaya untuk menyimpan data seperti dokumen Microsoft Word atau Microsoft Excel, gambar, bunyi dan lain – lain jenis data yang dibuat dalam program lain.

4. Remote Data Object (RDO)
Standard API oleh Microsoft bagi mengakses pangkalan data menggunakan pengaturcaraan Windows dengan menggunakan SQL.

STANDARD SQL YANG DIBINA OLEH JAVA

JDBC (Java Database Connectivity)
Java Database Connectivity (JDBC) adalah satu Appplication Programming Interface (API) bagi bahasa pengaturcaraan Java, yang mentakrifkan cara pelanggan boleh mengakses pangkalan data. Ia adalah sebahagian daripada platform Java Standard Edition, dari Oracle Corporation. Ia menyediakan kaedah untuk query dan mengemaskini data dalam pangkalan data, dan berorientasikan ke arah pangkalan data hubungan. Sebuah hubungan  JDBC-to-ODBC membolehkan sambungan kepada mana – mana sumber data ODBC diakses dalam persekitaran host Java virtual machine (JVM).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?

APA ITU EBCDIC (EXTANDENT BINARY CODEC DECIMAL INTERCHANGE CODE) ?

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

Router CP2001/RS980+ dan Cara config