CARA KERJA SISTEM KOMPUTER.


Pengolahan data yang menggunakan computer sebagai medianya dikenali dengan istilah Electronic Data Processing (EDP). Pengolahan data adalah suatu proses di mana sebuah data diproses atau diubah ke dalam bentuk yang lebih berguna dan lebih bererti ysng berupa sebuah informasi. 
Agar komputer dapat digunakan untuk mengolah sebuah data menjadi sebuah informasi, maka diperlukan sebuah sistem yang disebut sistem computer. Sistem yang yang dimaksudkan disini terdiri atas elemen elemen yang saling terhubung sehingga membentuk satu kesatuan yang dapat digunakan untuk melakukan tujuan pokok dari sistem tersebut.

   1.     Pemasukan (Input)

     Tahap pemasukan input merupakan tahap awal dari proses pengolahan yang terjadi pada sistem komputer. Tahap ini berupa pemasukan data mentah ke dalam sistem komputer melalui input device. Contoh peralatan masukan (input device) diantaranya Keyboard, Mouse, Scanner dll. Alat-alat inilah yang digunakan untuk memasukan data yang hendak diolah. Seperti Keyboard, berfungsi untuk memasukan huruf, angka dan juga simbol simbol ke dalam komputer yang selanjutnya akan diproses.  


   2.     Pemprosesan (Process)

Data yang telah dimasukan melalui peralatan input tadi akan diproses. Tahap proses ini dilakukan oleh processing device iaitu CPU. CPU ini dapat melakukan fungsi perhitungan dan logik untuk perbandingan (ALU) dan juga mengawal (CU). Pada tahap ini, data yang mesih mentah tadi diproses sebagai maklumat sehingga data tersebut siap dicetak menjadi informasi yang lebih bermanfaat. 
 
   3.     Pengeluaran (Output)
 Data yang tadinya telah dimasukan melalui peralatan input, kemudian diproses oleh CPU boleh dicetak apabila siap. Pencetakan ini berupa handcopy dan juga softcopy. Hardcopy bermaksud menggunakan media fisik seperti kertas. Softcopy bermaksud menampilkan gambar visual melalui monitor ataupun projektor. Termasuklah dalam peralatan output lain iaitu, Monitor, LCD Projector, Printer, Speaker dll.  

Ulasan

memng agak rumit cara kerja sistem komputer ini

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?