CARA PELAJAR BELAJAR DENGAN MENGGUNAKAN INTERNET (BELAJAR DI ATAS TALIAN)
Kini terdapat pelbagai inisiatif yang dilakukan untuk
meningkatkan tahap pemahaman para pelajar. Bahan – bahan ilmiah di dalam
Internet juga membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan , menjawab soalan kuiz dan ketika membuat
persiapan menghadapi peperiksaan.
Antara laman web
yang memberikan pelbagai kemudahan kepada pelajar ialah...
Kamus atas talian percuma
Penggunaan kamus
ini secara atas talian (online).
Kamus ini memberikan pelbagai kemudahan kepada pelajar. Kemudahan pembelajaran
ini juga disediakan secara percuma. Aplikasi ini menggunakan pembelajaran
secara lisan dan juga visual.
·
Bagi
pelajar jurusan sains dan perubatan,
mereka boleh melayari laman web Merriam-webster
online dictionary. Aplikasi ini mengandungi definisi bagi terminologi
bidang sains dan perubatan.
·
DictionaryReference.com merupakan laman kamus yang menggunakan
perkataan yang mudah untuk difahami oleh pelajar terutama untuk mereka yang
lemah dalam bahasa Inggeris.
·
Pelajar juga boleh menggunakan Google Images . Aplikasi ini memaparkan
imej yang memberi gambaran sesuatu perkara.
·
Aplikasi Google Translate juga memudahkan dalam
menterjemahkan bahasa. Namun begitu, terjemahan yang diberikan tidak begitu
tepat.
·
SlideShare merupakan laman yang menggunakan
powerpoint dan adakalanya diiringi dengan audio yang memberi penerangan mengenai sesuatu topik.
·
Laman
web YouTube pula memaparkan video
yang mengandungi rakaman sesuatu pengajaran, penjelasan, proses atau sebuah
lakonan.
Ruang pengajar muat naik bahan pengajaran
·
Pelajar
boleh membuka akaun dan melayari laman web Blendspace. Laman web Blendspace
menyediakan ruang kepada tenaga pengajar untuk memuat naik bahan pengajaran
mereka dan latihan berkaitan dengan topik pengajaran. Pelajar juga boleh
menggunakan laman web lain yang mempunyai topik sama atau hampir sama dengan
menggunakan Google Scholar.
·
Penggunaan
hyperlink dalam bahan bacaan memberi
kemudahan kepada pelajar melayari laman web berkaitan. Ini memudahkan mereka
membina pengetahuan asas mengenai topik ingin mereka fahami. Pengetahuan asas
ini seterusnya membantu pelajar memahami bahan bacaan lebih sukar.
Perbincangan guna kumpulan WhatsApp
·
Kini aplikasi whatsapp memudahkan semua orang untuk
berkomunikasi termasuklah dengan sesiapa juga. Kita juga boleh mencipta sebuah
kumpulan khas dalam aplikasi ini.
·
Disebabkan kekangan waktu, pelajar tidak mempunyai
masa unutk berbincang secara bersemuka. Jadi, pelajar boleh berbincang atau
mengajukan sebarang pertanyaan di dalam kumpulan dalam aplikasi whatsapp.
·
Kumpulan ini juga memberi kemudahan kepada segelintir
pelajar yang kurang berkomunikasi di dalam kelas tetapi sangat aktif di dunia
sosial. Ini memberikan mereka peluang untuk menonjolkan diri.
·
Aplikasi Whatsapp ini turut menyediakan fungsi
perkongsian gambar, video dan audio serta perkhidmatan panggilan (call)
Ulasan