Catatan

ANOMALI DALAM PANGKALAN DATA

Imej
ANOMALI?? Anomali berlaku kerana rekabentuk dalam pangkalan data yang tidak lengkap, tidak sesuai atau tidak sempurna. Anomali sering dikenali sebagai anomali ubahsuai data. Anomali akan menyebabkan pertindihan dan pengulangan data yang menyebabkan pembaziran ruang storan dan kekurangan integrity dalam Pangkalan Data. Terdapat 3 jenis anomali iaitu anomali kemas kini, anomali hapus data, anomali tambah data. JENIS – JENIS ANOMALI     1.        ANOMALI PENAMBAHAN [INSERT] Anomali yang berlaku apabila hendak menambah nilai ke dalam hubungan Kod_BijiBenih A003 telah ditambah ke dalam senarai biji benih tetapi data tidak dapat dipaparkan kerana tiada pelanggan yang memesan biji benih PETOLA. Data untuk biji benih tidak akan muncul selagi tiada pembeli yang memesan biji benih tersebut.       2.        ANOMALI PENGHAPUSAN [DELETE] Anomali yang berlaku apabila hendak menghapuskan satu nilai data dalam hubungan. Sekiranya Raudah hanya ingin m

KONSEP PENORMALAN

  PENGENALAN KEPADA PENORMALAN.    Dalam kita mereka bentuk pangkalan data hubungan, kita ingin menghasilkan suatu pangkalan data hubungan yang baik dengan mengurangkan bilangan duplikasi data (pertindihan data). Proses untuk menghasilkan pangkalan data yang baik dengan mengurangkan bilang duplikasi data adalah melalui proses penormalan. Penormalan merupakan satu cara untuk menganalisis jadual – jadual berdasarkan kekunci dan kebergantungan fungsian. Di mana ia melibatkan peraturan tertentu pada suatu jadual supaya pangkalan data boleh dinormalkan pada mana-mana peringkat. Proses penormalan telah diperkenalkan oleh Edgar F. Codd pada tahun 1972. Tiga bentuk penormalan yang akan diberi tumpuan ialah;           a)       Bentuk Normal Pertama (1NF) [First Normal Form]           b)       Bentuk Normal Kedua (2NF) [Second Normal Form]           c)       Bentuk Normal Ketiga (3NF) [Third Normal Form] Walaubagaimanapun terdapat juga bentuk penormalan yang lebih tinggi sepe

REPORT DALAM PANGKALAN DATA...

Imej
Imej butang laporan adalah apa yang anda gunakan untuk format, merumuskan dan melampirkan data. Laporan biasanya menjawab soalan khusus seperti “ Siapakah pelanggan yang menempah produk adalah bulan ini? ” atau “Berapakah kuantiti produk yang ditempah oleh pembeli?” setiap laporan boleh diformat untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih mudah untuk dibaca. Fungsi laporan sangatlah mudah untuk dijalankan dan diakses pada bila – bila masa. Laporan akan sentiasa memaparkan data semasa dalam pangkalan data anda. Laporan dicipta secara amnya untuk mencetak (print) lampiran, tapi ia juga boleh dilihat di skrin, dieksport ke aturcara yang lain atau yang berbeza atau dihantar sebagai lampiran dalam Email. Laporan juga menawarkan anda kebolehan dalam melampirkan data atau maklumat dalam bentuk cetakan (print). Laporan sangat berguna kerana ia membolehkan anda untuk membentangkan komponen pangkalan data dalam format yang mudah difahami dan teratur. Anda juga boleh meny

MACRO??

Makro ialah singkatan bagi “macroinstruction” dari bahasa Greek lama dalam bidang Sains komputer. Makro adalah satu pola / corak  yang menentukan bagaimana ururtan input tertentu (selalunya makro menggunakan urutan karakter) MACRO DALAM PANGKALAN DATA. Imej butang Makro dalam perisian Access atau dalam pangkalan data boleh dianggap sebagai sebuah bahasa pengaturcaraan yang mudah anda gunakan untuk menambah fungsi ke dalam pangkalan data. Sebagai contoh, anda boleh melampirkan makro ke butang arahan pada satu borang supaya makro menjalankan tugas apabila butang diklik. Makro menjalankan tindakan atau seperti membuka laporan, menjalankan queries (pertanyaan) atau menutup pangkalan data. Kebanyakkan operasi pangkalan data yang dicipta secara manual boleh diubah kepada operasi automatik dengan menggunakan fungsi makro. Ini bukan sahaja boleh menyenangkan pengguna dalam mengakses data malah menjimatkan masa peranti. Makro berfungsi dengan cara menambahkan butang arahan ke dalam

QUERY DALAM PANGKALAN DATA??

Imej
                                                                   Query  [kweer-ee]                                                       (word origin – noun, plural) queries                                                                            1.        Pertanyaan                                                2.        Tanda tanya (?), selalu digunakan dalam ayat tanya                 QUERIES DALAM PANGKALAN DATA??                 Queries adalah mekanisma utama untuk mendapatkan semula maklumat daripada pangkalan data. Pertanyaan terdiri daripada soalan yang dikemukakan kepada pangkalan data dalam format yang telah ditetapkan. Kebanyakkan sistem pengurusan pangkalan data (Database Management System) menggunakan Structured Query Language (SQL) iaitu mengikut format pertanyaan standard.  Queries adalah cara mencari dan menyusun data dari satu atau lebih jadual. Menjalankan fungsi queries (pertanyaan) dapat digambarkan seperti bertanya soalan dengan lebih te

EDGAR F. CODD : PERINTIS KEMAJUAN TEKNOLOGI PANGKALAN DATA

Imej
  PENGENALAN Edgar Frank “Ted” Codd atau lebih dikenali sebagai Edgar F. Codd merupakan anak bongsu daripada tujuh adik beradik yang dilahirkan pada 19 Ogos 1923 di England. Bapanya adalah seorang pengeluar barangan kulit dan ibunya pula adalah seorang guru. Beliau merupakan seorang ahli matematik dan sains komputer yang sumbangannya lebih dikenali dengan mencipta model hubungan untuk pengurusan pangkalan data yang menjadi teori asas kepada pangkalan data hubungan (relational database). KEHIDUPAN AWAL Pada tahun 1930an, beliau memasuki Poole Grammar School di Dorset dan telah dianugerahi biasiswa penuh untuk memasuki Universiti Oxford. Namun pada tahun 1942, beliau telah menawarkan diri untuk bertugas secara aktif dan telah menjadi leftenan penerbangan di Royal Air Force Coastal Command. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau kembali menghabiskan pengajiannya di Universiti Oxford dan memperolehi ijazah pada tahun 1948. Selepas itu beliau berhijrah ke Amerika Syarikat

CARA KERJA SISTEM KOMPUTER.

Imej
Pengolahan data yang menggunakan computer sebagai medianya dikenali dengan istilah Electronic Data Processing (EDP). Pengolahan data adalah suatu proses di mana sebuah data diproses atau diubah ke dalam bentuk yang lebih berguna dan lebih bererti ysng berupa sebuah informasi.  Agar komputer dapat digunakan untuk mengolah sebuah data menjadi sebuah informasi, maka diperlukan sebuah sistem yang disebut sistem computer. Sistem yang yang dimaksudkan disini terdiri atas elemen elemen yang saling terhubung sehingga membentuk satu kesatuan yang dapat digunakan untuk melakukan tujuan pokok dari sistem tersebut.    1.      Pemasukan (Input)      Tahap pemasukan input merupakan tahap awal dari proses pengolahan yang terjadi pada sistem komputer. Tahap ini berupa pemasukan data mentah ke dalam sistem komputer melalui input device. Contoh peralatan masukan ( input device ) diantaranya Keyboard, Mouse, Scanner dll. Alat-alat inilah yang digunakan untuk memasukan data yang