Sistem pengoperasian merupakan perisian sistem yang terpenting bagi setiap komputer. OS adalah satu atau lebih atur cara yang mengurus operasi CPU,mengawal input/output dan sumber storan dan aktiviti komputer serta pelbagai servis sokongan seperti pengurusan memori,ruang cakera dan lain-lain. DEFINISI OS Sistem pengoperasian atau operating system (OS) adalah set program-program yang dipasang dalam cakera keras. Tanpa OS, sesebuah komputer tidak dapat beroperasi dengan baik. OS sangat penting kepada komputer: TUGAS SISTEM PENGOPERASIAN I. Mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan. II. Menyediakan antara muka pengguna (User Interface). III. Membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pengguna. TUJUAN SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER I. Memaksimakan produktiviti sistem komputer dengan pengoperasian yang lebih efiksyen. II. Komponen penting sebagai antaramuka sistem di antara pengguna dan perkakasan komputer. FUNGSI-FUNG
PENGENALAN ASCII ASCII ialah singkatan bagi American Standard Code for Information Interchange. ASCII adalah kod – kod yang digunakan untuk memudahkan interaksi antara user dan komputer. Dengan kata lain, ASCII digunakan untuk pertukaran maklumat dan komunikasi data dengan cara menukarkan angka kepada karakter aksara. ASCII sebenarnya lebih dikenali sebagai kod angka 7-bit yang mewakili sebuah karakter, ASCII digunakan kerana komputer hanya memahami angka sahaja. Asalnya kod ASCII mempunyai bilangan binary sebanyak 8-bit yang bermula dari 00000000 hingga 11111111. Jumlah kombinasi yang dihasilkan adalah sebanyak 255, bermula dari kod 0 hingga 255 dalam sistem Desimal. Kod ASCII 0 hingga 127 merupakan kod untuk manipulasi teks, manakala kod ASCII 128 hingga 255 untuk manipulasi grafik. Setiap symbol yang terdapat pada keyboard memiliki kod ASCII. Contohnya, huruf A memiliki kod ASCII 65; huruf a memiliki kod ASCII 97. Kod ASCII 65 jika diterjemah ke kod binary; (65 = 01000001
PENGENALAN KEPADA EBCDIC EBCDIC ialah EBCDIC ialah kod 8-bit untuk aksara yang digunakan pada sistem operasi computer merk IBM (International Business Computer), seperti z/OS, OS/390, VM, VSE, OS/400, dan i5/OS. Kode EBCDIC ini juga dipakai untuk beberapa jenis komputer lain seperti Fujitsu-Siemens BS2000/OSD, HP MPE/iX, dan Unisys MCP. Kode EBCDIC ini merupakan hasil perkembangan dari kode 6-bit yang digunakan pada sistem punched card pada computer IBM pada akhir tahun 1950 an dan awal tahun 1960 an. EBCDIC merupakan format aksara (character) 8-bit yang menerangkan computer bagaimana mentafsir arahan. Contohnya, semasa 1-bit mengawal bahasa arahan yang dimasukkan, bit lainnya akan mengawal sama ada aksara (character) ditafsir dalam bentuk huruf besar (uppercase) atau huruf kecil (lowercase). Walaupun EBCDIC mengandungi fungsi – fungsi asas untuk menyokong ciri – ciri komputer yang sebenar dan mempunyai sokongan untuk bahasa baru tetapi ia tidak menyokong banyak ciri – ciri
Sistem Pengoperasian terbahagi kepada 4 jenis :- i . Sistem Berkelompok ii. Sistem Multipengaturcaraan iii. Sistem Perkongsian Masa iv. Sistem Agihan a)Pemprosesan Berkelompok Sistem di luar talian telah mengurangkan masalah pergantungan input output kepada tenaga manusia. Dalam usaha untuk menghapuskan langsung ini, suatu teknik yang tertentu diperlukan bagi membolehkan input output dikendalikan serentak dengan pemprosesan. Teknik ini telah dapat digunakan dengan terciptanya dua perkakas yang dikenali sebagai pemprosesan input output atau saluran dan sampukan. Pemprosesan input output seperti yang telah disebutkan adalah satu peranti yang boleh mengawal satu atau lebih periferal atau ingatan tanpa melalui pemproses pusat. Sampukan pula adalah satu isyarat yang memindahkan kawalan pemproses pusat kepada satu lokasi yang tertentu dan pada masa yang sama juga menyimpan nilai pembilang arahan yang lepas. Justeru itu sampukan akan menyebabkan satu-satu aturcara yang
1. DATA DEFINITION LANGUAGE (DDL) Penyataan Data Definition Language atau DDL digunakan untuk menakrifkan dan menguruskan sesuatu jadual. Berikut adalah fungsi penyataan DDL : • Menakrifkan dan mencipta jadual yang baharu • Menghapuskan jadual yang tidak diingini lagi • Mengubahsuai takrifan pada jadual yang telah diwujudkan Walaupun penyataan DDL lebih kepada pengurusan pembinaan jadual, arahan pembinaan pangkalan data dan arahan untuk memilih pangkalan data yang hendak digunakan juga termasuk dalam penyataan ini. ARAHAN SQL BAGI PENYATAAN DDL Berikut merupakan kata kunci arahan SQL dalam penyataan DDL : Kata kunci Arahan SQL Fungsi CREATE DATABASE Membina pangkalan data yang baharu. USE Memilih pangkalan data yang hendak digunakan. CREATE TABLE Menakrifkan dan membina jadual yang baharu. ALTER TABLE Mengubahsuai struktur jadual yang sedia ada. DROP TABLE
Ulasan