HASHTAG

Apa itu Hashtag??

Hashtag adalah kata atau frasa tanpa ruang yang awalnya terdapat simbol [#]. Ini merupakan jenis label atau tag metadata yang sangat umum digunakan pada rangkaian, microblogging dan perkhidmatan sosial. Hashtag telah digunakan untuk aktiviti sosial seperti di Twitter, Instagaram dan kini laman Facebook juga telah dilengkapi dengan perkhidmatan hashtag. Hashtag juga berguna dalam perkhidmatan perkongsian foto di Instagram. Oleh kerana penggunaan hashtag yang meluas, hashtag juga telah ditambahkan ke dalam Kamus Inggeris Oxford dan Kamus Dewan Bahasa.

Sejarah Hashtag...

Hashtag pada awalnya merupakan sebuah tanda untuk menunjukkan nombor (misalnya “#1″, yang merupakan singkatan dari “nombor satu”) atau disebut tanda nombor (number sign). Istilah tanda nomor, saat itu hanya populer di Kanada. Di sebagian besar Amerika Syarikat # dikenali sebagai tanda pon (pound sign). Sementara di luar Amerika Utara, tanda ini disebut sebagai Hashtag (hash key) yang biasa digunakan pada pesawat telefon.

Hashtag kerap digunakan dalam teknologi informasi, misalnya pada tahun 1970, # memiliki makna dalam bahasa assembly dari PDP-11 bersama simbol atau angka. Pada tahun 1978, Brian Kernighan dan Dennis Ritchie menggunakan Hashtag (#) dalam bahasa pemograman C.

Hashtag kemudian digunakan dalam jaringan IRC untuk mengumpulkan label dan topik. Hastag juga digunakan untuk menanda pesan individu yang relevan dengan kelompok tertentu dan topik tertentu. Pada umumnya, semua saluran (channel) atau topik yang tersedia di seluruh jaringan IRC dihadapannya terdapat  tanda hashtag (#). 

Popularitas tagar semakin meningkat sejak digunakan di media sosial Twitter. Label tagar di Twitter diusulkan oleh Chris Messina, seorang advokat perangkat lunak sumber terbuka (open source). Ia menuliskan tagar pertama kali di Twitter seperti ini: Mulai 2 Julai 2009, Twitter mulai memberi tautan untuk # di seluruh tweet ke hasil pencarian. Pada tahun 2010, Twitter memperkenalkan “Topik Tren (Trending Topic)” pada halaman depan Twitter yang menampilkan # paling popular. Setelah # menjadi polpular, Hashtag juga digunakan oleh pelbagai media sosial selain Twitter, di antaranya Instagram, Flickr, Google+ dan Facebook.




Fungsi Hashtag..

1. Memudahkan Pengelompokkan Kandungan 

Ketika anda menaip sebuah artikel atau entri tentang suatu tema atau topik didalam sesebuah laman sosial , anda boleh memberikan sebuah hashtag tertentu untuk mempermudah dalam pengelompokkan/ pengumpulan  beberapa artikel yang mempunyai tema / topik yang sama serta memudahkan pembaca untuk mengetahui objektif dan tujuan dari artikel anda .Bahkan anda boleh membandingkan dan melihat update terbaru dari artikel lain yang mempunyai hashtag yang sama dengan artikel yang anda buat .

2. Memudahkan pencarian kandungan

Pengelompokkan artikel dengan menggunakan hashtag tentu dapat memudahkan anda dalam mencari sebuah maklumat atau kandungan yang anda inginkan . Katakan anda ingin mengetahui maklumat mengenai digital agency pada social media tertentu . Maka anda boleh memasukan hastag(etc  #DigitalAgency) pada kolum pencarian dan semua artikel atau posting mengenai topic tersebut akan muncul dalam sebuah kumpulan artikel.

3. Memperluaskan/ menyebarkan artikel anda

Ketika anda menaip sebuah artikel dan posting  pada laman sosial. Orang yang telah menjadi rakan atau menjadi follower akaun anda sahaja yang dapat melihat post anda. Tetapi, jika anda tag sebuah hashtag dalam posting anda , maka seluruh pembaca atau pencari maklumat di media sosial yang memasukan hashtag berkaitan dengan artikel anda akan dapat membaca artikel yang anda buat.

4. Sebagai laman untuk mempromosikan produk

Sebagai seorang digital marketing, hashtag sangatlah membantu dalam mempromosikan produk yang telah dispesifikan ke dalam sebuah informasi yang telah ditambahkan dengan hashtag. Kini, sebahagian syarikat telah memanfaatkan fungsi hastag untuk mempeluaskan jaringan pelanggan dalam mengetahui produk yang ditawarkan oleh perusahaan tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER (OS)

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER

APA ITU ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE) ?