Catatan

MODEL HUBUNGAN ENTITI

Pengenalan Model hubungan entiti (model ER) digunakan secara meluas dalam rekabentuk konseptual pangkalan data. Model ini diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Peter Chen, telah menjadi asas kepada model pangkalan data dan dikembangkan penggunaanya oleh Peter Chen dan pakar lain. Model ER digunakan untuk mentafsir, memperinci keperluan dokumen untuk sistem pemprosesan data. Model ini dapat menunjukkan struktur data keperluan pengguana secara menyeluruh. Definisi Model ER adalah terdiri daripada satu set objek asa yang dikenali sebagai entiti dan perhubungan di antara objek-objek tersebut. Terdapat tiga komponen asas dalam model ER iaitu entiti, atribut dan perhubungan. Kegunaan Model ER Menolong melaksanakan pangkalan data. Menyelesaikan perwakilan data organisasi yang kompleks Perwakilan data yang menggambarkan perjalanan keseluruhan struktur Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) Menyokong dan menterjemah pandangan-pandangan yang berbeza di antar peng

KEKANGAN KARDINALITI

Imej
Kekangan kardinaliti bermaksud bilanganhubungan yang mungkin bagi setiap entiti dengan entiti yang lan dalam sesebuah hubungan. Bergantung kepada polisi organisasi - petua bisnes Petua bisnes juga boleh diwakilkan melalui kadinaliti perhubungan. Jenis kekangan kardinaliti terdiri daripada Perhubungan 1:1 (satu -ke- satu) Perhubungan 1:M (satu –ke- banyak) Perhubungan M:1 (banyak –ke- satu) Perhubungan M:N (banyak –ke- banyak) Kardinaliti (Hubungan 1:1) 1 kejadian dalam entiti A berhubung dengan 1 kejadian dalam entiti B 1 kejadian dalam entiti B berhubung dengan 1 kejadian dalam entiti A  Seorang pelajar hanya boleh mendaftar satu kursus. Satu kursus hanya boleh didaftar oleh seorang pelajar Kardinaliti (Hubungan 1:M) 1 kejadian dalam entiti A berhubung dengan banyak kejadian dalam entiti B 1 kejadian dalam entiti B berhubung dengan 1 kejadian dalam entiti A  Seorang pe

JENIS - JENIS PERHUBUNGAN

Imej
 Perhubungan rekrusif atau unari melibatkan satu entiti sahaja. Perhubungan binari adalah perhubungan di antara dua entiti. Perhubungan ternari adalah perhubungan yang berlaku serentak di antara tiga entiti. Perhubungan Unari   Staf mengurus Staf, pengurus mengurus ramai pekerja Perhubungan jenis ini adakalanya dikenali sebagai perhubungan rekrusif, manakala entiti tersebut dikenali sebagai entiti rekrusif. Contoh di atas menunjukkan, satu pengurus mengurus ramai pekerja yang mana pengurus dan pekerja merupakan dari jenis entiti yang sama iaitu STAF. Perhubungan Binari Perhubungan jenis ini merupakan perhubungan di antara dua jenis entiti. Perhubungan yang paling biasa terjadi. Contoh di atas menunjukkan perhubungan M:N, satu pelajar boleh meminjam banyak buku dan satu buku boleh dipinjam oleh lebih daripada satu orang pelajar. Perhubungan Ternari Perhu

PERHUBUNGAN

Imej
Hubungan bermaksud perkaitan yang bermakna antara entiti. Setiap jenis hubungan diberi nama yang menerangkan tentang fungsinya. Label yang digunakan biasanya adalah kata kerja (verb) Disimbolkan dengan bentuk diamond di mana nama perhubungan ditulis di dalamnya. Contoh simbol        f. Contoh Pelajar mendaftar kursus Doktor merawat pesakit  P ekerja memandu kereta   Rajah Kejadian menunjukkan bagaimana entiti berinteraksi dengan entiti yang lain.

ATRIBUT

Imej
Atribut ialah sifat yang memperihalkan suatu set entiti. Maklumat/ huraian/ ciri-ciri tentang sesuatu entiti dipanggil atribut. Bertujuan untuk membezakan objek-objek di dalam entiti. Atribut diwakili dengan simbol bujur dan dihubungkan dengan entiti melalui garisan. Gambarajah Atribut Dalam model ER atribut disimbolkan oleh elips (bujur) dengan nama atribut ditulis di dalamnya dan disambung ke entiti dengan garis pautan. JENIS - JENIS ATRIBUT Atribut Mudah Atribut mudah mengandungi satu komponen, wujud secara bebas dan tidak bergantung pada mana-mana atribut. Contoh: Tarikh_Lahir, Jantina, Pengarang Atribut Nilai Tunggal Hanya menyimpan satu nilai tunggal sahaja. Contoh: No_Kp, No_Staf, No_Akaun   Atribut Nilai Komposit Atribut yang boleh dipecahkan kepada unit-unit atau komponen-komponen. Contoh: Alamat       d.   Atribut Nilai Berbilang Mempunyai lebih daripada s

ENTITI

Imej
  Entiti ialah objek atau konsep dalam dunia nyata yng boleh dikenalpasti secara unik. Contoh: Individu- (pelajar, pesakit, pekerja, pensyarah) Tempat- (daerah, negeri) Objek-(mesin, bangunan, kenderaan) Peristiwa- (jualan, pendaftaran, kursus, peperiksaan) Entiti mempunyai nama atau jenis entiti dan juga kejadian entiti. Kejadian entiti merupakan objek yang dimodelkan sebagai entiti. Entiti diwakili dengan simbol empat segi dan dilabelkan dengan kata nama. Contoh entiti PEKERJA dan kejadian. Terdapat dua jenis set entiti- kuat & lemah.   Set entiti kuat- kewujudannya tidak bersandar atas kewujjudan entiti lain. Contoh: Pelajar Set entiti lemah- kewujudannya bersandar kepada kewudan satu set entiti kuat. Contoh: Waris

MENCIPTA PANGKALAN DATA DAN JADUAL MENGGUNAKAN MYSQL5.1

Imej
1. Buka aplikasi. Klik Start > All Programs > MySQL > MySQL Server 5.1 > MySQL Command Line Client. Masukkan password. 2. Taip “ show databases; ” untuk melihat pangkalan data sedia ada. 3. Untuk mencipta pangkalan data, taipkan “ CREATE DATABASE namadatabase; ” 4. Untuk menggunakan pangkalan data, taip “ USE namadatabase; ”  5. Kita boleh meyemak sama ada pangkalan mempunyai jadual atau kosong dengan menaip “ show tables; ” 6. Mencipta jadual di dalam Pangkalan Data. Untuk mencipta jadual tersebut, kita boleh taipkan seperti berikut =  CREATE TABLE namajadual (nama_medan data type, PRIMARY KEY  (nama_medan)); 7. Untuk melihat paparan jadual, taip “ DESC namajadual; ” atau “ DESCRIBE namajadual; ”